Saturday, December 27, 2014

Putrajaya - Destinasi Pelancongan | Tempat Menarik


Putrajaya..ala-ala macam dekat Negara Maju..hihi..
pemandangan yang sangat cantik dan moden..

rugi tau tak datang sini...

jom saya tunjukkan tempat menarik kat Putrajaya ni..



SERI PERDANA
Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia yang tersergam indah, terdiri daripada tiga blok bangunan: Blok Resepsi Utama atau Blok Protokol, Blok Bankuet dan Blok Kediaman. Blok Resepsi Utama/Protokol dan Blok Bankuet digunakan untuk menyambut dan melayan tetamu rasmi. Lawatan berpandu disediakan untuk membawa anda ke sekitar kawasan resepsi utama, yang menghadap Putra Wetland.

Seri Perdana - Putrajaya





PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA(PICC)
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang berkeluasan 1.3 juga kaki persegi adalah tempat utama untuk acara besar-besaran bagi peringkat antarabangsa dan wilayah. Reka bentuknya yang unik diilhamkan daripada wau bulan, layang-layang tradisional negeri Kelantan, dan pending perak, tali pinggang tradisional negeri Perak yang diperbuat daripada perak.

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


MASJID PUTRA
Masjid Putra ialah salah satu mercu tanda penting di Putrajaya dan dikenali dengan kubah besarnya yang berwarna merah jambu dan struktur granit yang berona merah samar. Seni bina masjid ini diilhamkan daripada beberapa masjid terhebat di dunia.

Masjid Putra - Putrajaya


PUTRAJAYA WETLAND
Putrajaya Wetland bukan sahaja wadi ketenangan di tengahtengah ibu kota pentadbiran, tetapi juga merupakan tempat perlindungan hidupan liar yang dipenuhi dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Di sini terdapat beberapa spesies burung – burung tanah rawa, burung air dan juga beberapa jenis burung hijrah – menjadikannya tempat yang sesuai untuk aktiviti mengkaji burung. Pusat Penghayatan Alam memberi lebih banyak maklumat tentang tanah paya ini manakala menara tinjau yang berketinggian 80m menawarkan pemandangan seluruh kawasan paya ini dan sekitarnya.

Putrajaya Wetland





TAMAN BOTANI
Taman yang didiami lebih daripada 7,000 spesies tumbuhan termasuk tumbuhan dari wilayah Afrika dan Asia Pasifik ini merupakan taman botani yang terbesar di Malaysia. Tamannya terdiri daripada tiga bahagian: tumbuhan hiasan, tumbuhan berbunga dan pemuliharaan serta penyelidikan.

Taman Botani - Putrajaya




TEMPAT LAIN YANG MENARIK DI PUTRAJAYA

Perdana Putra • Tasik Putrajaya • Taman Warisan Pertanian • Dataran Putra • Mercu Tanda Putrajaya • Cruise Tasik Putrajaya • Istana Kehakiman • Istana Melawati • Monumen Alaf Baru • Jambatan • Persiaran Perdana • Taman Ekuestrian Putrajaya • Kelab Tasik Putrajaya • Kompleks Sukan Air Putrajaya • Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) • Taman Seri Empangan.


kalau nak membeli belah dan menonton panggung wayang boleh ke....

Alamanda Putrajaya

Pusat membeli-belah utama di Putrajaya, menempatkan pelbagai jenis kedai runcit daripada barangan rumah hingga ke pakaian. The Hub merupakan zon hiburan setempat yang mengandungi panggung wayang, pusat karaoke, pusat boling dan arked permainan. Souq Bazaar di Masjid Putra menawarkan pengalaman membeli-belah yang berbeza, yang serupa dengan souk di Timur Tengah dengan lebih daripada 50 gerai-gerai menjual makanan, pakaian, aksesori, hadiah dan cenderamata.
Alamanda Putrajaya

No comments:

Post a Comment