Tuesday, December 2, 2014
Negeri Perak jom...
PULAU PANGKOR
Manjung
Pulau Pangkor mempunyai kampung nelayan yang menarik, pantai yang indah, air laut kebiruan dan beberapa tarikan bersejarah seperti Kota Belanda dan Batu Bersurat. Tidak jauh dari persisiran pantainya ialah Pangkor Laut sebuah destinasi peranginan mewah.
ROYAL BELUM
Gerik
Terletak di Lembah Belum, keindahan semula jadi Royal Belum yang tidak tercemar dikenali ramai. Hutan hujan daranya merupakan habitat bagi ekosistem yang kompleks dan salah satu tempat di Malaysia di mana bunga Rafflesia yang jarang ditemui boleh didapati. Royal Belum juga merupakan habitat bagi beberapa spesies haiwan yang terancam seperti seladang, Gajah Asia, Harimau Malaya dan Badak Sumatera.
ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI
Larut Matang & Selama
Zoo Taiping merupakan zoo yang pertama di negara ini dan di sini terdapat kira-kira 180 spesies hidupan liar tempatan dan eksotik. Sertai Safari Malam dengan menaiki keretapi mini mengelilingi zoo dan saksikan aksi haiwan nokturnal di zoo.
GALERI SULTAN AZLAN SHAH
Kuala Kangsar
Dahulunya merupakan istana sultan, Galeri Sultan Azlan Shah yang hebat ini memaparkan seni bina yang menggabungkan unsur seni bina Asia dan Eropah. Ia mempamerkan sejarah serta pencapaian Sultan Azlan Shah dan menempatkan alat kebesaran milik baginda.
TEMPAT LAIN YANG MENARIK DI PERAK
Kinta
• Menara Jam Memorial Birch • Muzium Darul Ridzuan • Muzium Geologi • Taman Rekreasi Gunung Lang • Stesen Keretapi Ipoh • Lost World of Tambun • Tokong Mekprasit • Tokong Tong Perak • Tokong Sam Poh Tong • Tokong Kek Look Tong • Air Terjun Chepor • Istana Kellie • Taman Herba Perak
Kuala Kangsar
• Pusat Kraftangan Enggor • Kampung Sayong (Labu Sayong) • Pokok Getah Tertua di Malaysia • Muzium Diraja • Muzium Ubudiah • Air Terjun Ulu Kenas
Manjung
• Kelab Perahu Layar Antarabangsa Lumut • Muzium Kapal Perang • Pulau Sembilan • Muzium Cangkerang • Pusat Penetasan Penyu Segari • Teluk Batik • Teluk Senangin • Teluk Batik Inland Snorkeling Park
Larut Matang & Selama
• Bukit Larut • Kota Ngah Ibrahim • Paya Bakau Matang • Muzium Perak • Taman Tasik Taiping • Hutan Rekreasi Kuala Sepetang • Kilang Spritzer • First Galleria • Inap Desa Bukit Gantang • Inap Desa Selama
Batang Padang
• Hutan Rekreasi Kuala Woh • Lata Kinjang • Lata Iskandar • Inap Desa Klah • Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar
Perak Tengah
• Kompleks Bersejarah Pasir Salak • Pusat Kraftangan Pulau Tiga • Pusat Pembiakan Tuntung
Hulu Perak
• Pulau Banding • Tasik Temenggor • Lata Kekabu • Muzium Arkeologi Lenggong • Inap Desa Kampung Beng
Kampar
• Sungai Kampar (Berakit Redah Jeram) • Gua Tempurung • Muzium Gopeng • Rumah Warisan • Inap Desa Gopeng
Hilir Perak
• Menara Jam Condong • Memorial Perang Dunia • Inap Desa Bagan Datoh
Kerian
• Taman Burung Kuala Gula • Pulau Orang Utan (Bukit Merah Laketown Resort)
Labels:
Perak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment