Tuesday, December 16, 2014


Sabah - Destinasi Percutian
Sabah mempunyai pelbagai keajaiban dan tarikan semula jadi. Juga dikenali sebagai’Negeri di Bawah Bayu’, negeri ini terdiri daripada pulau-pulau tropika yang mempesonakan dan hutan hujan terpelihara yang subur menghijau, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk aktiviti eko-kembara. Sabah terkenal dengan ikonnya iaitu Gunung Kinabalu, manakala pulau Sipadannya diiktiraf seluruh dunia sebagai salah sebuah destinasi menyelam yang terunggul. Kaya dengan budaya dan tradisi, penduduk Sabah terdiri daripada kira-kira 30 masyarakat etnik yang berbeza.

GUNUNG KINABALU
Taman Kinabalu (Tapak Warisan Dunia UNESCO Malaysia yang Pertama)
Salah satu puncak tertinggi di Asia Tenggara pada ketinggian 4,095.2m dari aras laut, Gunung Kinabalu menjulang tinggi di tengah-tengah Taman Kinabalu. Tapak Warisan Dunia UNESCO ini merupakan khazanah ekologi yang penuh keajaiban dengan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan dan haiwan, termasuk sebilangan besar spesies endemik seperti Lintah Merah Gergasi Kinabalu dan Orkid Paphiopedilum Slipper. Permandangan dari puncak gunung ini memang tiada tandingannya dan berbaloi dengan cabaran mendakinya.
Gunung Kinabalu - Sabah

TAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Kota Kinabalu
Terdiri daripada gugusan lima buah pulau - Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug - perairan firus sejernih kristal Taman Tunku Abdul Rahman ini dipenuhi pelbagai spesies terumbu karang dan akuatik. Popular di kalangan pelancong eko, airnya yang agak cetek amat sesuai untuk penggemar aktiviti snorkel dan penyelam novis. Setiap pulau mempunyai koleksi flora dan fauna yang berbeza. Antara kelima-lima buah pulau tersebut, Pulau Gaya merupakan pulau yang paling besar dan indah.

Taman Tunku Abdul Rahman - Sabah


PUSAT PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR KINABATANGAN HILIR
Sukau, Sandakan
Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan Hilir adalah habitat yang subur bagi sebilangan besar spesies eksotik dan terancam seperti monyet Probosis, badak sumbu Sumatera dan gajah Asia. Sungai Kinabatangan mengandungi salah sebuah eko-sistem yang paling pelbagai di dunia dan juga bilangan hidupan liar yang terbesar di Asia Tenggara.
Pusat Perlindungan Hidupan Liar : Kinabatangan Hilir - Sabah



PUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN SEPILOK
Sandakan
Terletak di Hutan Simpan Kabili-Sepilok, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok merupakan kawasan perlindungan bagi mamalia yang disukai ramai ini. Di sini, pelawat berpeluang melihat spesies terancam ini dengan lebih dekat lagi serta memerhatikan telatah mereka ketika waktu makan.
Pusat Pemuliharaan Orang Utan : Sepilok - Sabah



LEMBANGAN MALIAU DAN LEMBAH DANUM
Digelar ‘Dunia Purba Sabah’, Lempangan Maliau ialah hutan belantara terpencil yang mengandungi 12 jenis hutan, air terjun tujuh tingkat yang menakjubkan iaitu Air Terjun Maliau dan juga pelbagai jenis flora dan fauna yang jarang ditemui dan eksotik. Terletak tidak jauh dari Lembangan Maliau ialah Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, habitat hidupan liar yang subur dan di penuhi dengan pelbagai spesies tumbuhtumbuhan tropika dan haiwan eksotik.
Lembangan Maliau dan Lembah Danum - Sabah



TEMPAT LAIN YANG MENARIK DI SABAH

Kota Kinabalu
• Muzium Negeri Sabah • Muzium Tamadun Islam • Pantai Tanjung Aru • Masjid Negeri • Masjid Bandaraya • Bangunan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Sabah • Galeri Tun Mustapha • Menara Tun Mustapha • Pelantar Pemerhati Bukit Bendera • Menara Jam Atkinson • Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu • Tugu Peringatan Petagas • Tugu Peringatan Double Six • Taman Hidupan Liar Lok Kawi • Akuarium dan Muzium Marin UMS • Tokong Puh Toh Tze • The Green Connection

Penampang
• Taman Tema Water World • Gereja St. Michael • Kampung Kebudayaan Monsopiad • Kampung Kebudayaan KDCA • Pasar Tamu Donggongon

Inanam
• Orchid de Villa • Kampung Kebudayaan Mari Mari

Sandakan
• Taman Pulau Penyu • Gua Gomantong (sarang burung) • Agop Batu Tulug (gua bersejarah) • Pusat Perlindungan Monyet Probosis Teluk Labuk • Pulau Lankayan • Pulau Libaran • Rumah Agnes Keith • Ladang Buaya Sandakan • Jejak Warisan Sandakan • Taman Peringatan Sandakan • Pusat Penemuan Hutan Hujan

Kinarut / Papar • KK Adventure Park • Outward Bound School • Pulau Dinawan • Pulau Rimba Kawang Ranau • Ladang Tea Sabah • Kolam Air Panas Poring • Kampung Luanti (Spa Ikan) • Berakit Redah Jeram Liwagu Kundasang • Tugu Peringatan Kundasang • Ladang Lembu Desa • Taman Alam Semula Jadi Mesilau • Mountain Torq Via Ferrata Kudat • Teluk Simpang Mengayau • Rumah Panjang Rungus • Kampung Gombizau (Ladang Lebah Madu) • Kampung Sumangkap (Kilang Gong) • Kampung Tinangol (membuat manik dan kraftangan Rungus) Tawau • Taman Bukit Tawau • Sungai Balung • Muzium Koko Teck Guan • Kampung Koko Teck Guan • Hutan Simpan Bukit Gemok

Tamparuli (Kiulu)
• Berakit Redah Jeram • Rumah Terbalik Kampung Telibong

Tenom
• Taman Pertanian Sabah • Berakit Redah Jeram Padas

Lahad Datu
• Hutan Simpan Madai-Baturong • Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin

Kota Belud
• Pulau Mantanani • Kampung Siasai (pusat membuat parang) • Teluk Usukan

Semporna
• Pulau Mataking • Pulau Mabul • Pulau Kapalai • Pulau Sipadan • Pulau Si Amil • Taman Marin Tun Sakaran

Keningau
• Taman Banjaran Crocker Gunung Trusmadi

Kuala Penyu
• Pulau Tiga • Pulau Ular

Beaufort
• Sungai Klias • Sungai Garama

Tambunan
• Pusat Maklumat Rafflesia • Air Terjun Mahua • Taman Rama-rama Kipandi

No comments:

Post a Comment