Thursday, December 25, 2014

Kuala Lumpur

Ibu Negara Malaysia Kuala Lumpur....
jom kita tinjau-tinjau di Bandaraya Kuala Lumpur ini...



Menara Kembar Petronas
Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC)

Bangunan Menara Kembar Petronas, yang berdiri megah pada ketinggian 451.9 meter, merupakan simbol kemodenan Malaysia yang terkenal di seluruh dunia. Jangan lepaskan peluang melawat Skybridge (jejantas merentangi langit) yang masyhur di tingkat 41 untuk merasai seperti berada di puncak awan. Struktur kaca dan besi ini yang bersinar menjadi latarbelakang yang indah untuk sesi fotografi di waktu siang ataupun malam. Menara Kembar ini merupakan pusat tumpuan kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang juga mengandungi pusat membeli-belah Suria KLCC, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang serba terkini, hotel-hotel bertaraf lima bintang, taman lanskap yang indah dan Masjid Assyakirin. Kawasan ini menjadi tarikan utama bagi pengunjung tempatan atau luar negara.

Masuk: Tiket masuk ke Skybridge adalah percuma atas dasar ‘siapa dahulu’. Pelawat dinasihatkan supaya beratur awal untuk mendapatkan tiket kerana bilangan tiket harian adalah terhad.

Masa Operasi: 8.30 pagi - 7.00 malam. Tutup pada hari Isnin.

Tel: 03-2331 8080 / 2331 7619

Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen KLCC.


Petronas Twin Tower - Kuala Lumpur




Menara KL
Jalan Puncak, Off Jalan P. Ramlee

Kunjungilah salah satu tarikan yang paling menyerlah di negara kita. Menara komunikasi setinggi 421 meter ini, yang terletak di atas Bukit Nanas, merupakan struktur keempat tertinggi di dunia. Ia juga merupakan satu-satunya menara di dunia yang terletak di dalam hutan simpan di tengah-tengah bandaraya. Nikmati pemandangan yang mengagumkan dari Aras Pemerhatian. Saksikan persembahan kebudayaan yang berwarna-warni pada hari Khamis hingga Ahad pada pukul 11.30 pagi dan 4.00 petang. Peminat alam semulajadi boleh menyertai pakej “Rimba dalam Bandar” (Forest In The City) untuk menikmati dan mempelajari tentang Hutan Simpan Bukit Nanas yang bersebelahan. Nikmati hidangan di puncak awan di Restoran Berputar Seri Angkasa sambil menikmati keindahan pemandangan bandaraya dari atas.

Masuk: RM38 (Dewasa), RM28 (Kanak-kanak 4 – 12 tahun). Pelawat boleh memilih dari dua pakej, kebudayaan atau pengembaraan

Masa Operasi: 9.00 pagi - 10.00 malam setiap hari. Pintu masuk ditutup pukul 9.30 malam.

Tel: 03-2030 5444

Cara ke sana: Naik KL Monorel ke Stesen Bukit Nanas dan ambil teksi ke menara. Perkhidmatan bas shuttle percuma dari pintu utama menara di Jalan Puncak juga boleh didapati dari 9.00 pagi hingga ke 9.30 malam, sekali setiap 15 minit. Perkhidmatan bas shuttle berjadual juga disediakan dari hotel-hotel utama ke Menara KL.
Menara KL / KL Tower




Aquaria KLCC
Aras Konkos, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Terokailah misteri di lautan tanpa meninggalkan kota. Peminat kehidupan akuatik akan teruja dengan lawatan ke akuarium besar ini yang terletak di aras bawah tanah bangunan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Akuarium terbesar di dunia ini meliputi kawasan lebih 460 meter persegi dan mempamerkan 150 spesis ikan dari seluruh dunia. Kecapilah pengalaman yang menarik menyaksikan jerung Sand Tiger, Arapaima Giga yang panjangnya melebihi 2 meter, ikan-ikan terumbu, kuda laut dan pelbagai kehidupan akuatik yang lain. Tarikan lain termasuk ular, cicak dan katak beracun. Tarikan utama di sini ialah terowong sepanjang 90 meter di mana pengunjung berpeluang untuk melihat sesi ikan diberi makan.

Masuk: RM 45 (Dewasa), RM 35 (Kanak-kanak berumur 3 – 12 tahun).

Kadar istimewa untuk pemegang kad MyKad/MyKid: RM 35 (Dewasa), RM 25 (Kanak-kanak).

Masa Operasi: 11.00 pagi – 8.00 malam. Pintu masuk ditutup pukul 7.00 malam.

Laman web: www.klaquaria.com

Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen KLCC. Aquaria bersambung dengan Suria KLCC melalui terowong bawah tanah.

Aquaria KLCC - Kuala Lumpur


Zoo Negara
Hulu Kelang

Terletak hanya 13km ke timur-laut KL , zoo ini menempatkan lebih 200 jenis binatang, termasuk burung dan reptilia. Luangkan masa sehari bersama singa, badak sumbu Sumatra dan lain-lain binatang liar atau saksikan persembahan orang utan, gajah dan singa laut pada masa yang dijadualkan. Pengunjung juga boleh menaiki kuda, unta dan gajah. Pengangkutan tren juga ada disediakan. Haiwan nokturnal seperti harimau, tenuk, landak dan badak Nile dapat dilihat pada waktu paling aktif mereka melalui program ‘Zoo by Night’ (Zoo pada Waktu Malam) pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.

Masuk: Warganegara Malaysia: RM20 (Dewasa), RM6 (Kanak-kanak 3 – 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas). Bukan warganegara Malaysia: RM30 (Dewasa) RM15 (Kanak-kanak 3 – 12 tahun).
Masa operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang setiap hari.
Tel: 03-4108 3422
Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen Taman Melati atau Stesen Wangsa Maju. Dari stesen-stesen ini, teksi adalah pengangkutan awam yang termudah untuk ke zoo ini.

Zoo Negara - Kuala Lumpur


Taman Tema Cosmo’s World
Tingkat 5, 7 & 8, Berjaya Times Square

Taman tema dalam bangunan yang terbesar di rantau ini mempunyai keluasan 380,000 kaki persegi. Pelbagai permainan yang terdapat di sini pasti menghiburkan pengunjung dari semua peringkat umur. Jangan lepaskan peluang menaiki Supersonic Odyssey sepanjang 800 meter yang juga merupakan roller coaster dalam bangunan yang terpanjang di dunia.

Masuk: RM32 (Dewasa), RM22 (Kanak-kanak bertinggian kurang dari 140cm). Bukan warganegara: RM38 (Dewasa), RM28 (Kanak-kanak).
Masa operasi: Isnin- Jumaat: 12 tengahari - 10.00 malam, Sabtu & Ahad: 11.00 pagi - 10.00 malam
Laman web: www.timessquarekl.com
Cara ke sana: Naik KL Monorel ke Stesen Imbi yang bersambung terus dengan Berjaya Times Square. Atau naik LRT RapidKL ke Stesen Hang Tuah. Berjaya Times Square terletak hanya 5 minit dengan berjalan kaki dari stesen ini (sila rujuk kepada Sensasi Membeli-Belah, muka surat 71).

Cosmo World Theme Park : Berjaya Times Square - Kuala Lumpur



Petrosains
Tingkat 4, Suria KLCC, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre (KLCC)

Dapatkan pengetahuan tentang industri petroleum negara melalui pameran ini. Dengan ruang pameran seluas 7,000 meter persegi, pengunjung boleh menikmati pelbagai pameran interaktif, diorama dan aktiviti. Naiki kenderaan berbentuk titisan minyak, lawati pelantar minyak atau nikmati perjalanan menaiki simulator helikopter. Komputer tangan membantu pengunjung untuk berinteraksi dengan pameran.

Masuk: RM 12 (Dewasa), RM 4 (Kanak-kanak 5 - 12 tahun). Kadar istimewa untuk pelajar dengan kad pelajar, keluarga dan warga emas.
Masa Operasi: Hari Selasa hingga Jumaat: 9.30 pagi - 5.30 petang; Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am: 9.30 pagi – 6.30 petang. Tutup pada hari Isnin. Pintu masuk ditutup setengah jam sebelum waktu akhir operasi.
Laman web: www.petrosains.com.my
Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen KLCC.
Petrosains - Kuala Lumpur


Planetarium Negara
Jalan Perdana

Planetarium Negara terletak di atas sebuah bukit di pinggir Taman Tasik Perdana KL, berdekatan dengan Masjid Negara. Bangunan berkubah biru dengan rekabentuk futuristik ini adalah tempat untuk memperoleh pelbagai penemuan yang menarik dan menyeronokan. Saksikan dokumentari di panggung tayangan berskrin lebar, pameran astronomi yang penuh keajaiban atau alami pengalaman graviti sifar yang mengujakan. Jejambat pejalan kaki menghubungkan Planetarium Negara dengan Muzium Negara.

Masuk: RM1 (Percuma untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah). Tayangan filem dikenakan caj berasingan.
Masa Operasi: 9.30 pagi - 4.30 petang setiap hari.
Tel: 03-2273 5484
Laman web: www.angkasa.gov.my
Cara ke sana: Teksi merupakan pengangkutan awam yang termudah untuk ke sana.

Planetarium Negara - Kuala Lumpur



Pusat Sains Negara
Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara

Bangunan yang terletak di pinggir bandaraya ini mempunyai rekabentuk futuristik seperti kon terpotong dan ditutup dengan kubah geodesik. Dibina pada tahun 1996 untuk mempromosi sains dan teknologi di negara ini, pusat ini memperagakan pelbagai tema seperti An Environmental Odyssey untuk alam sekitar, Pathways to Discovery (penemuan sains), Future World (dunia masa depan) dan Thinking Machines (alatan pintar).

Masuk: RM6 (Dewasa), RM3 (Kanak-kanak berumur 7 - 12 tahun). Percuma untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun.
Masa operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada hari Jumaat
Tel: 03-2092 1150
Laman web: www.psn.gov.my
Cara ke sana: Teksi merupakan pengangkutan awam yang termudah untuk ke sana
Pusat Sains Negara - Kuala Lumpur





Kalau dah sampai KL jangan lupa pergi ke Muzium..Banyak muzium di sekitar KL..dekat bawah ni saya ada sertakan muzium-muzium yang terdapat di KL.

Muzium Negara

Jalan Damansara

Muzium terulung Malaysia yang terletak di pinggir Taman Tasik Perdana KL ini menjadi wadah utama bagi sejarah dan warisan Malaysia. Muzium yang dibina pada tahun 1963 ini mempunyai bumbung bercirikan rekabentuk Minangkabau dan memaparkan dua lukisan mural besar di bahagian hadapan bangunan. Jejaki sejarah Malaysia di empat galeri utama muzium ini: Kebudayaan, Wajah-Wajah Malaysia, Sejarah Semula Jadi dan Senjata, Peralatan Muzik Tradisional dan Seramik. Antara tarikan utama di sini ialah koleksi keris, seramik dari Dinasti Ming dan alat-alat muzik tradisi dari segenap pelusuk Asia. Juga terpamer di ruang luar bangunan adalah kereta klasik, keretapi wap dan sebuah replica Istana Melayu lama. Pameran bertema juga dianjurkan dari semasa ke semasa.

Masuk: RM2 (Dewasa), RM1 (Kanak-kanak), Percuma untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah.

Masa operasi: 9.00 pagi - 6.00 petang

Laman web: www.museum.gov.my

Tel: 03-2282 6255

Cara ke sana: Naik LRT RapidKL, KL Monorel atau KTM Komuter ke Stesen KL Sentral. Dari stesen ini, teksi adalah pengangkutan awam yang termudah untuk ke muzium ini.



Muzium Etnologi Dunia Melayu

Jalan Damansara

Muzium ini mempersembahkan koleksi terbaik dan paling luar biasa yang berkaitan dengan sejarah dan tamadun Melayu dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Negeri Thai, Filipina dan Kemboja. Di sini, pengunjung boleh melihat secara dekat warisan dan pusaka turun-temurun masyarakat Melayu. Muzium ini terletak di perkarangan Muzium Negara.

Masuk: Percuma.

Masa operasi: 9.00 pagi - 5.30 petang setiap hari. Muzium ditutup pada Hari Raya Aidilfitri and Aidiladha.

Tel: 03-2284 3157

Laman web: www.jmm.gov.my

Cara ke sana: (Sila rujuk cara ke Muzium Negara)



Muzium Seni Islam

Jalan Lembah Perdana

Muzium ini memaparkan keindahan seni Islamik dan keagungan tamadun Islam yang menjadi sumber inspirasi. Galeri-galeri bertema mempamerkan pelbagai barangan berharga seperti manuskrip Islam, barangan seramik dan kaca, barangan besi, senjata dan perisai, tekstil dan wang syiling. Tarikan utama termasuk Galeri Senibina Islam yang memaparkan replica bangunan-bangunan terkenal seperti Masjidil Haram di Mekah, Taj Mahal di India dan Makam Amir Timur di Uzbekistan.

Masuk: RM10 (Dewasa), RM5 (Kanak-kanak). Masuk percuma untuk pelajar dan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Bayaran tambahan mungkin dikenakan untuk sesetengah pameran.

Masa Operasi: 10.00 pagi - 6.00 petang setiap hari

Tel: 03-2274 2020

Laman web: www.iamm.org.my

Cara ke sana: Naik KTM Komuter ke Stesen Kuala Lumpur. Perjalan ke muzium mengambil masa 10 minit dengan berjalan kaki dari stesen ini dan menghadap Masjid Negara.



Muzium Kebudayaan Kraf

Jalan Conlay

Muzium yang terletak dalam Kompleks Kraf ini menawarkan imbasan sejarah dan pembangunan kraf Malaysia. Diorama bersaiz sebenar memaparkan penggiat seni yang sedang tekun bekerja, alat-alat yang digunakan mereka dan hasil kerja mereka.

Masuk: RM3 (Dewasa), RM1 (Kanak-kanak 7 - 12 tahun)

Masa operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang setiap hari

Tel: 03-2162 7533

Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen KLCC atau KL Monorel ke Stesen Raja Chulan. Dari stesen ini, teksi adalah pengangkutan awam yang termudah untuk ke muzium ini.



Muzium Kesenian Asia

Universiti Malaya

Muzium yang terletak dalam kampus Universiti Malaya ini mempamerkan rekaan artis-artis Asia. Pameran termasuk contoh-contoh kesenian tempatan dan serantau Asia seperti ukiran, sermaik dan tekstil. Pelajar dan pengkaji boleh mendapatkan filem, slaid dan gambar berkenaan hasil seni Asia di sini.

Masuk: Percuma Masa operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada hari Sabtu dan Ahad.

Tel: 03-7967 3805

Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen Universiti. Pengunjung kemudian boleh menaiki bas pengantara yang melalui kawasan kampus untuk ke muzium ini.



Galeri Muzium Pucuk Rebung

Tingkat 3, Suria KLCC (Ampang Mall Wing), Kuala Lumpur City Centre (KLCC)

Galeri Muzium ini mengandungi koleksi artifak Melayu lama dari sejak kurun ke-12. Antara barang yang dipamerkan adalah kepingan -kepingan fabrik antik, hasil kerja logam, barang kemas, pasu dan tembikar, kesenian kristal dan hasil seni kontemporari. Untuk cenderahati yang unik, pengunjung boleh memilih dari koleksi hadiah dan barangan yang ada dijual.

Masuk: Percuma Masa Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam setiap hari

Tel: 03-2382 1109

Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen KLCC.



Muzium Jed

No. 26, Jalan Delima, Off Jalan Imbi

Lawatilah gedung khazanah barangan jed serta lain-lain bahan perhiasan di muzium ini. Jed dianggap seperti ‘batu syurga’ dalam sesetengah budaya dan dipercayai mempunyai kuasa mistik selain berupaya untuk menyembuhkan penyakit. Muzium Jed mempamerkan koleksi barangan antik dan aksesori cantik seperti loket, anting-anting, cincin, kalung leher dan bermacam-macam lagi. Para pelawat juga dapat menyaksikan kepingan jed asli yang telah diambil sebagai sampel daripada batu-batan jed yang besar. Cenderamata dan hadiah juga boleh dibeli di sini.

Masuk: Percuma Masa operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari

Tel: 03-2142 9648

Laman web: www.jademuseum.com

Cara ke sana: Muzium Jed terletak di kawasan Bukit Bintang. Perkhidmatan teksi adalah cara pengangkutan yang termudah untuk ke muzium ini.



Muzium Numismatik Maybank

Tingkat 1, Menara Maybank, Jalan Tun Razak

Muzium ini mempamerkan koleksi syiling dan wang kertas dari zaman kelahiran Malaya hingga ke hari ini. Ia juga dijadikan pusat penyelidikan sejarah numismatik Malaysia.

Masuk: Percuma

Masa operasi: 10.00 pagi - 4.30 petang (Isnin - Jumaat). Tutup pada hari minggu dan hari kelepasan am.

Tel: 03-2074 7418

Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen Plaza Rakyat. Muzium ini terletak hanya 5 minit dengan berjalan kaki dari stesen ini.



Muzium Telekom Nasional (Telekomuzium)

Simpang Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja

Muzium ini mempamerkan perkembangan telekomunikasi sepanjang 120 tahun, dari zaman awal telegraf Kod Morse hinggalah ke era jaringan digital hari ini.

Masuk: Percuma

Masa operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada hari cuti umum.

Tel: 03-2031 9966

Laman web: www.muziumtelekom.com.my

Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen Masjid Jamek dan jalan sepanjang Jalan Tun Perak menuju ke Menara Maybank. Masuk ke kiri ke dalam Jalan Raja Chulan. Muzium ini terletak hanya sepelaung dari stesen ini.



Muzium Angkatan Tentera

Jalan Padang Tembak

Masuk: Percuma

Masa Operasi: 9.00 pagi - 6.00 petang

Tel: 03-2071 2010

Cara ke sana: Teksi merupakan pangangkutan awam termudah untuk sampai ke muzium ini.



Muzium Tentera Udara DiRaja Malaysia

Markas Tentera Udara Diraja Malaysia, Jalan Lapangan Terbang Lama

Masuk: Percuma

Masa Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada hari Jumaat.

Tel: 03-2117 11133 / 1202

Cara ke sana: Teksi merupakan pangangkutan awam termudah untuk sampai ke muzium ini.



Muzium Polis DiRaja Malaysia

No. 5, Jalan Perdana

Masuk: Percuma

Masa Operasi: 10.00 pagi - 6.00 petang. Tutup pada hari Isnin.

Tel: 03-2272 5689

Cara ke sana: Teksi merupakan pangangkutan awam termudah untuk sampai ke muzium ini.

No comments:

Post a Comment