Tuesday, December 9, 2014

Melaka - Destinasi Percutian

Melaka Bandaraya Bersejarah..Tempat yang menarik untuk dikunjungi....jom kita tengok apa yang menarik di Melaka ni..



PORTA DE SANTIAGO
Melaka Tengah
Porta de Santiago ialah salah satu mercu tanda yang terkenal di Melaka. Pintu ini merupakan salah satu daripada empat pintu masuk utama ke Kota A’Famosa, yang dibina pada tahun 1511 oleh laksamana Portugis, Alfonso d’Albuquerque. Meskipun bahagian yang lain rosak teruk semasa penaklukan Belanda pada tahun 1641, pintu yang ikonik ini masih berdiri teguh hingga ke hari ini.

Porta De Santiago | A Famosa - Melaka


STADTHUYS
Melaka Tengah
Dikenali dengan dinding berwarna jingga kesumba, Stadthuys pada suatu ketika dahulu merupakan kediaman rasmi gabenor-gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya. Dibina pada 1645, Stadhuys kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi. Terletak di sebelahnya ialah Gereja Christ, sebuah Gereja Dutch Reformed yang di bina pada abad ke-8.

Stadthuys - Melaka


MUZIUM WARISAN BABA NYONYA
Melaka Tengah
Muzium Warisan Baba Nyonya dahulunya merupakan rumah pusaka tiga generasi keluarga Baba Nyonya. Ia mengimbas kembali kehidupan keluarga Cina Selat yang kaya-raya dan dilengkapi dengan perabot antik rosewood dan perkarangan dalaman terbuka.

Muzium Warisan Baba Nyonya - Melaka


REPLIKA ISTANA KESULTANAN MELAKA (MUZIUM BUDAYA)
Melaka Tengah
Muzium Budaya ialah replika saiz sebenar istana DiRaja Melaka pada abad ke-15. Muzium ini mempamerkan bahan-bahan yang berkaitan dengan budaya negeri Melaka termasuk diorama besar yang memaparkan Balai Rong Seri Sultan.

Muzium Budaya (Replika Istana Kesultanan Melaka) - Melaka


MELAKA RIVER CRUISE
Melaka Tengah
Jelajah menyusuri Sungai Melaka dan nikmati pemandangan yang menarik di kiri kanan tebingnya. Diiringi ulasan bermaklumat, Melaka River Cruise membolehkan anda melihat tempat-tempat bersejarah di bandaraya Melaka yang meliputi gudanggudang lama, kedai-kedai lama, jambatan yang asal dan Kampung Morten, kampung Melayu tradisional.


Melaka River Cruise

TEMPAT LAIN YANG MENARIK YANG BOLEH DIKUNJUNGI:

Melaka Tengah
• Jonker Street • Muzium Maritim • Menara Taming Sari • Sunset Cruise • Bukit Cina • Tokong Cheng Hoon Teng • Gereja Christ • Perigi Hang Li Po (Perigi Raja) • Masjid Kampung Kling • Masjid Kampung Hulu • Wildlife Theatre Melaka • Coral Wonderland • Muzium Permainan • Tugu Perisytiharaan Kemerdekaan • Gereja St. Francis Xavier • Kubu St. John • Gereja St. Paul • Gereja St. Peter • Masjid Tengkera • Tokong Ti Fang Fu

Alor Gajah
• Kompleks Astronomi Al-Khawarizmi • Muzium Adat Istiadat • Batu Megalit Datuk Tua • Kompleks Kolam Air Panas Gadek • Dusun Buah-buahan • Tanjung Tuan (Cape Rachado) • Tanjung Bidara • Pusat Penetasan Penyu

Jasin
• Kolam Air Panas Jasin • Pulau Besar • Makam Tun Teja • Sg. Rambai River Cruise

Hang Tuah Jaya / Ayer Keroh
• Muzium Lebah Sedunia • Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka • Taman Botani Melaka • Taman Buaya Melaka • Pusat Boling Antarabangsa Melaka • Melaka Wonderland Theme Park & Resort • Pusat Sains Melaka Planetarium Adventure • Zoo Melaka

No comments:

Post a Comment