Wednesday, December 3, 2014
Tempat Menarik Di Bukit tinggi, Indonesia
Bagi pelancong yang ingin bersiar-siar di kawasan sekitar Bukit tinggi tetapi tidak mahu menggunakan van pelancong, mereka bolehlah berjalan kaki atau menaiki bendi (kereta kuda) atau menaiki angkut iaitu sejenis pengangkutan awam seperti bas mini. Tambang yang dikenakan sekiranya menggunakan bendi atau kereta kuda ialah sekitar rp15,000 hingga rp25,000. Manakala, sekiranya anda menggunakan angkut, tambangnya mengikut jarak destinasi di antara rp2,000 hingga rp5,000.
Apa yang menarik di Bukittinggi? Bagi orang perempuan tentunya shopping kain sulam dan telekung di Pasar Atas dan Pasar Bawah atau pun di Pasar Aur Kuning (pasar pemborong). Bagi orang lelaki, shopping mungkin perkara kedua atau ketiga jika berkunjung ke Bukittinggi. Alternatifnya, ada banyak tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Bukittinggi. Di antaranya ialah Jam Gadang, Janjang 40, Janjang Koto Gadang, Lubang Jepang (Jepun), Taman Marga Satwa & Budaya Kinantan (kebun binatang - zoo) Muzium Rumah Gadang (dalam zoo), Jambatan Limpapeh, Museum Tri Daya Eka Darma (Muzium Tentera), Benteng Fort De Kock, Monumen Bung Hatta dan Rumah Kelahiran Bung Hatta.
Bendi - kereta kuda yang menjadi salah satu tarikan pelancongan di Bukittinggi
Benteng Fort De Kock didirikan oleh Kapten Bouer pada tahun 1825 pada masa Baron Hendrik Markus De Kock menjadi komandan Der Troepen dan Timbalan Gabernor Jenderal Hindia Belanda, kerana itulah benteng ini terkenal dengan nama Benteng Fort De Kock
Jam Gadang adalah landmark kota Bukittinggi, Indonesia. Simbol khas Sumatera Barat ini juga memiliki cerita dan keunikan kerana usianya yang sudah puluhan tahun. Jam Gadang dibina pada tahun 1926 oleh arkitek Yazin dan Sutan Gigi Ameh.
Sebagai penghubung antara Taman Marga Satwa dan Budaya Kinantan dengan Benteng Fort De Kock, maka terdapat sebuah jambatan yang bernama Jembatan Limpapeh yang mempunyai atap berbentuk gonjong khas rumah adat MinangKabau. Jambatan ini melintangi Jalan A. Yani dan dari sini kita dapat menyaksikan keindahan alam Bukittinggi dan kesibukan Jalan A. Yani.
Janjang 40 dibina pada tahun 1908 yang pada awalnya merupakan sebagai penghubung antara Pasar Atas dengan Pasar Bawah. Sekarang tangga ini telah menjadi salah satu destinasi pelancongan di Kota Bukittinggi.
Janjang Koto Gadang baru dibuka kepada umum pada awal tahun 2013. Tangga yang merentasi Ngarai Sianok ini memiliki 315 anak tangga dan mirip tembok besar Cina.
Kain sulam antara produk yang terkenal di Bukittinggi, terutama bagi kaum wanita
Lubang Jepang sebenarnya lebih sesuai dipanggil sebagai terowong Jepun bagi orang Malaysia. Dibina pada tahun 1942 untuk kepentingan pertahanan tentera Jepun dalam PD II dan perang Asia Timur Raya (Dai Tora Senso) atas perintah kerajaan Angkatan Tentera Darat Jepun (Tentara Kedua Puluh Lima) untuk Sumatera berkedudukan di Bukittinggi dengan Komandan Tentera Pertahanan Sumatera Jend. Watanabe.
Monumen Bung Hatta, Timbalan Presiden pertama Indonesia, sekaligus menjadi orang minangkabau yang pertama menduduki jawatan kedua tertinggi di Indonesia.
Rumah kelahiran Bung Hatta di Bukittinggi.
Berhadapan dengan Taman Panorama terdapat sebuah muzium yang bernama Museum Tri Daya Eka Darma. Muzium ini merupakan salah satu peninggalan sejarah untuk tatapan generasi muda. Di muzium ini kita dapat melihat peninggalan sejarah seperti pesawat, senjata serta gambar perjuangan sewaktu menentang penjajah Belanda dan Jepun.
Ngarai Sianok merupakan suatu lembah yang indah, hijau dan subur. Didasarnya mengalir sebuah anak sungai yang berliku-liku menelusuri celah-celah tebing dengan latar belakang Gunung Merapi dan Gunung Singgalang.
Pasar Atas, Bukittinggi
Pasar Bawah, Bukittinggi
Pasar Teleng, Bukittinggi
Suasana di sebuah pasar pagi di Bukittinggi
Plaza Bukittinggi adalah gedung membeli belah pertama di kota Bukittinggi. Mall ini terletak bersebelahan dengan Jam Gadang dan The Hills Hotel Bukittinggi serta berhampiran dengan Pasar Atas. Di mall ini, terdapat Ramayana Department Store bagi memenuhi keperluan masyarakat Bukittinggi dan sekitarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment