SELAMAT DATANG TAHUN 2015
Salam tahun baru 2015,
rasa lain macam pula apabila menulis di tahun baru ini. Jadi apa yang berubah
apabila masuk tahun baru, apa yang betukar jadi baru?
Yang pasti usia sudah meningkat satu anak tangga
lagi, maknanya lingkaran umur kita pun juga sudah semakin
singkat. Jadi kena tingkatkan lagi usaha mencari bekal untuk kehidupan kekal
abadi nanti.
Masuk sahaja tahun baru, maknanya kita telah masuk
ke sesi yang baru. Sebab itu setiap kali masuk tahun baru, orang akan sibuk
bercerita pasal azam tahun baru.
Mereka yang ada azam ini, ialah mereka yang ingin
melihat tahap kehidupan mereka lebih baik berbanding tahun yang lepas.
Mereka ingin capai sesuatu yang bagi mereka ini
adalah satu kejayaan dalam hidup mereka, sesuatu yang boleh mereka banggakan.
Tapi, ada juga yang berazam ingin sambung azam tahun
lepas yang masih belum tercapai. Selagi tak tercapai mereka akan terus
berusaha, tetapi kena lihat juga sejauh mana usaha kita untuk capai azam tahun
lepas, ada buat ke tidak,
Atau, sekadar tulis azam dekat sekeping kertas dan
tampal dekat dinding, Lepas tu tunggu bulan jatuh ke riba.
No comments:
Post a Comment