Tuesday, December 9, 2014

Perlis - Destinasi Percutian


Ke Negeri Perlis..Negeri yang paling utara di Semenanjung Malaysia..

jom kita tengok apa yang menarik untuk di kunjungi..



TAMAN NEGERI PERLIS
Kaki Bukit
Taman Negeri Perlis terdiri daripada hutan simpan kekal Mata Ayer dan Wang Mu, dan di mana terletaknya Banjaran Nakawan, banjaran bukit batu kapur berterusan yang terpanjang di Malaysia. Di sini juga terdapat Hutan Bermusim Meranti Putih-Gerutu yang separa luruh serta gua-gua yang berbeza tahap kesukaran. Beberapa tumbuhan dan hidupan liar yang jarang ditemui dan endemik juga terdapat di sini.

Taman Negeri Perlis


PADANG BESAR
Bintong
Pekan sempadan ini merupakan salah satu destinasi membeli-belah yang utama di mana pelbagai jenis barangan dapat dibeli, daripada pakaian hingga ke barangan bebas cukai. Pekan ini mempunyai dua pusat membeli-belah yang utama iaitu Arked Padang Besar dan Kompleks Bebas Cukai Emas Kerajang.

Padang Besar - Perlis


RIMBA HERBA
Bukit Air
Terdiri daripada 12 hektar tumbuh-tumbuhan yang menghijau, Rimba Herba mempunyai lebih daripada 1,000 spesies tumbuhan dengan pelbagai khasiat. Lawatan berpandu disediakan untuk membawa anda mengelilingi taman herba ini, membolehkan anda mengetahui lebih lanjut lagi tentang tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini.

Rimba Herba - Perlis


MUZIUM KOTA KAYANG
Kuala Perlis
Muzium Kota Kayang dibina di atas tapak yang bersejarah, di mana terletaknya sebuah istana lama. Bukit-bukau batu kapur yang indah di belakangnya pernah suatu ketika dahulu digunakan sebagai benteng untuk menghalang serangan musuh. Muzium ini mempamerkan koleksi relik dan artifak yang mengagumkan.

Muzium Kota Kayang - Perlis


TAMAN REKREASI DI GUA KELAM
Kaki Bukit
Terletak di dalam bandar Kaki Bukit, tarikan utama Taman Rekreasi Gua Kelam ialah sebuah gua seluas 370m yang dinamakan Gua Kelam. Gua ini diterangi dengan baik dan sebuah jambatan gantung melaluinya. Ia juga dipenuhi dengan pembentukan batu kapur yang menarik serta kelawar gua.

Gua Kelam - Perlis


TEMPAT LAIN YANG BOLEH DI LAWATI:
• Muzium Diraja Arau • Pasar Minggu Wang Kelian • Ladang Harumanis dan Anggur, Kangar • Gua Wang Burma I & II, Kaki Bukit • Taman Ular dan Reptilia • Inap Desa Kampung Ujung Bukit • Kelab Golf Putra, Sungai Batu Pahat • Taman Rekreasi Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat • Kuala Perlis • Tasik Melati, Beseri • Ladang Lebah, Sungai Batu Pahat • Tamab Rekreasi Pengkalan Asam • Masjid Terapung Al-Hussain • Pusat Agro Pelancongan Bukit Temiang • Ladang Nipah Kipli • Kompleks Kraftangan, Kuala Perlis • Galeri Diraja Arau • Laluan Kanopi FRIM & Galeri Jati • Pusat Perniagaan Padang Besar

No comments:

Post a Comment