Wednesday, December 10, 2014

Kelantan - Destinasi Percutian

Kelatan pulok kito...

Negeri Che Siti Wan Kembang..

Mari kita tengok apa yang menarik kat sini..



TAMAN NEGARA KUALA KOH
Gua Musang
Terpelihara dengan flora dan fauna yang menyubur, Taman Negara Kuala Koh ialah pintu masuk utara ke Taman Negara. Bumbun atau pondok pemerhati dari mana pelbagai haiwan liar dapat diperhatikan boleh didapati di sekitar taman alam ini. Di sini juga terdapat denai hutan, laluan kanopi dan penempatan orang asli.

Kuala Koh : Taman Negara - Kelantan





GUNUNG STONG
Kuala Krai
Gunung Stong merupakan sebahagian daripada Taman Negeri Stong, dan salah satu daripada destinasi ekokembara paling popular di negara ini. Air Terjun Jelawang, air terjun tujuh lapis yang dikatakan tertinggi di Asia Tenggara, terletak di sini. Di sini juga terdapat beberapa spesies tumbuhan yang eksotik dan endemik.

Gunung Stong : Kuala Krai - Kelantan


PASAR SITI KHADIJAH
Kota Bharu
Salah satu tarikan yang paling banyak di rakam gambarnya dan dikenali di negara ini, Pasar Siti Khadijah merupakan santapan visual di mana pelbagai jenis barang makanan boleh ditemui. Antara yang boleh didapati di sini ialah makanan ringan, jeruk, sayur-sayuran segar, rempah-ratus dan pencuci mulut.


Pasar Siti Khadijah : Kota Bharu - Kelantan




GELANGGANG SENI
Kota Bharu
Dikenali sebagai pusat rakyat Kelantan, Gelanggang Seni adalah tempat di mana anda boleh mencuba permainan atau alat muzik tradisional dan menyaksikan persembahan kebudayaan tradisional negeri ini seperti Wayang Kulit dan Mak Yong.

Gelanggang Seni : Kota Bharu - Kelantan





TEMPAT LAIN YANG MENARIK YANG BOLEH DI KUNJUNGI:

Kota Bharu
• Kampung Kraftangan • Padang Merdeka • Muzium Islam • Taman OrkidTengku Anis • Masjid Langgar • Menyusuri Sungai dari Kota Bharu ke Kampung Laut • Pantai Cahaya Bulan • Pantai Sabak Fishing Village • Istana Batu (Muzium Diraja) • Kampung Nelayan Pantai Sabak • Istana Balai Besar • Jalan menuju ke Pantai Cahaya Bulan (industri kampung dan kraf ) • Masjid Al-Muhammadi • Muzium Perang • Muzium Negeri • Pantai Kuala Pa’ Amat • Inap Desa Kampung Seterpa • Wakaf Che Yeh • Bazar Buluh Kubu

Bachok
• Pantai Melawi • Pantai Irama • Inap Desa Kampung Kubang Telaga

Dabong
• Gua Ikan • Gelap Gelap • Air Terjun Jelawang • Inap Desa Jelawang

Kuala Krai
• Jambatan Kusial • Gunung Ayam • Air Terjun Lata Rek

Nilam Puri
• Masjid Kampung Laut

Pasir Puteh
• Pantai Bisikan Bayu • Air Terjun Jeram Lenang • Air Terjun Jeram Pasu • Pantai Tok Bali

Tumpat
• Kubur Tok Janggut • Pantai Seri Tujuh • Wat Photivihan • Wat Machimmaram • Wat Mai Suwankhiri • Inap Desa Kampung Pantai Suri

Gua Musang
• Gunung Rabong • Gunung Chamah • Kem Etnobotani • Tanah Tinggi Lojing • Tokong Sweet Nyet Kong • Inap Desa Kampung Batu Papan • Inap Desa Kampung Renok Baru • Taman Negara Kelantan

Jeli
• Gunung Reng • Tasik Pergau • Kolam Air Panas Jeli • Inap Desa Kampung Bukit Jering

Machang
• Inap Desa Kampung Kemunchup

No comments:

Post a Comment