Saturday, December 27, 2014
Putrajaya..ala-ala macam dekat Negara Maju..hihi..
pemandangan yang sangat cantik dan moden..
rugi tau tak datang sini...
jom saya tunjukkan tempat menarik kat Putrajaya ni..
SERI PERDANA
Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia yang tersergam indah, terdiri daripada tiga blok bangunan: Blok Resepsi Utama atau Blok Protokol, Blok Bankuet dan Blok Kediaman. Blok Resepsi Utama/Protokol dan Blok Bankuet digunakan untuk menyambut dan melayan tetamu rasmi. Lawatan berpandu disediakan untuk membawa anda ke sekitar kawasan resepsi utama, yang menghadap Putra Wetland.
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA(PICC)
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang berkeluasan 1.3 juga kaki persegi adalah tempat utama untuk acara besar-besaran bagi peringkat antarabangsa dan wilayah. Reka bentuknya yang unik diilhamkan daripada wau bulan, layang-layang tradisional negeri Kelantan, dan pending perak, tali pinggang tradisional negeri Perak yang diperbuat daripada perak.
MASJID PUTRA
Masjid Putra ialah salah satu mercu tanda penting di Putrajaya dan dikenali dengan kubah besarnya yang berwarna merah jambu dan struktur granit yang berona merah samar. Seni bina masjid ini diilhamkan daripada beberapa masjid terhebat di dunia.
PUTRAJAYA WETLAND
Putrajaya Wetland bukan sahaja wadi ketenangan di tengahtengah ibu kota pentadbiran, tetapi juga merupakan tempat perlindungan hidupan liar yang dipenuhi dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Di sini terdapat beberapa spesies burung – burung tanah rawa, burung air dan juga beberapa jenis burung hijrah – menjadikannya tempat yang sesuai untuk aktiviti mengkaji burung. Pusat Penghayatan Alam memberi lebih banyak maklumat tentang tanah paya ini manakala menara tinjau yang berketinggian 80m menawarkan pemandangan seluruh kawasan paya ini dan sekitarnya.
TAMAN BOTANI
Taman yang didiami lebih daripada 7,000 spesies tumbuhan termasuk tumbuhan dari wilayah Afrika dan Asia Pasifik ini merupakan taman botani yang terbesar di Malaysia. Tamannya terdiri daripada tiga bahagian: tumbuhan hiasan, tumbuhan berbunga dan pemuliharaan serta penyelidikan.
TEMPAT LAIN YANG MENARIK DI PUTRAJAYA
Perdana Putra • Tasik Putrajaya • Taman Warisan Pertanian • Dataran Putra • Mercu Tanda Putrajaya • Cruise Tasik Putrajaya • Istana Kehakiman • Istana Melawati • Monumen Alaf Baru • Jambatan • Persiaran Perdana • Taman Ekuestrian Putrajaya • Kelab Tasik Putrajaya • Kompleks Sukan Air Putrajaya • Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) • Taman Seri Empangan.
kalau nak membeli belah dan menonton panggung wayang boleh ke....
Alamanda Putrajaya
Pusat membeli-belah utama di Putrajaya, menempatkan pelbagai jenis kedai runcit daripada barangan rumah hingga ke pakaian. The Hub merupakan zon hiburan setempat yang mengandungi panggung wayang, pusat karaoke, pusat boling dan arked permainan. Souq Bazaar di Masjid Putra menawarkan pengalaman membeli-belah yang berbeza, yang serupa dengan souk di Timur Tengah dengan lebih daripada 50 gerai-gerai menjual makanan, pakaian, aksesori, hadiah dan cenderamata.
Thursday, December 25, 2014
Ibu Negara Malaysia Kuala Lumpur....
jom kita tinjau-tinjau di Bandaraya Kuala Lumpur ini...
Menara Kembar Petronas
Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC)
Bangunan Menara Kembar Petronas, yang berdiri megah pada ketinggian 451.9 meter, merupakan simbol kemodenan Malaysia yang terkenal di seluruh dunia. Jangan lepaskan peluang melawat Skybridge (jejantas merentangi langit) yang masyhur di tingkat 41 untuk merasai seperti berada di puncak awan. Struktur kaca dan besi ini yang bersinar menjadi latarbelakang yang indah untuk sesi fotografi di waktu siang ataupun malam. Menara Kembar ini merupakan pusat tumpuan kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang juga mengandungi pusat membeli-belah Suria KLCC, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang serba terkini, hotel-hotel bertaraf lima bintang, taman lanskap yang indah dan Masjid Assyakirin. Kawasan ini menjadi tarikan utama bagi pengunjung tempatan atau luar negara.
Masuk: Tiket masuk ke Skybridge adalah percuma atas dasar ‘siapa dahulu’. Pelawat dinasihatkan supaya beratur awal untuk mendapatkan tiket kerana bilangan tiket harian adalah terhad.
Masa Operasi: 8.30 pagi - 7.00 malam. Tutup pada hari Isnin.
Tel: 03-2331 8080 / 2331 7619
Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen KLCC.
Menara KL
Jalan Puncak, Off Jalan P. Ramlee
Kunjungilah salah satu tarikan yang paling menyerlah di negara kita. Menara komunikasi setinggi 421 meter ini, yang terletak di atas Bukit Nanas, merupakan struktur keempat tertinggi di dunia. Ia juga merupakan satu-satunya menara di dunia yang terletak di dalam hutan simpan di tengah-tengah bandaraya. Nikmati pemandangan yang mengagumkan dari Aras Pemerhatian. Saksikan persembahan kebudayaan yang berwarna-warni pada hari Khamis hingga Ahad pada pukul 11.30 pagi dan 4.00 petang. Peminat alam semulajadi boleh menyertai pakej “Rimba dalam Bandar” (Forest In The City) untuk menikmati dan mempelajari tentang Hutan Simpan Bukit Nanas yang bersebelahan. Nikmati hidangan di puncak awan di Restoran Berputar Seri Angkasa sambil menikmati keindahan pemandangan bandaraya dari atas.
Masuk: RM38 (Dewasa), RM28 (Kanak-kanak 4 – 12 tahun). Pelawat boleh memilih dari dua pakej, kebudayaan atau pengembaraan
Masa Operasi: 9.00 pagi - 10.00 malam setiap hari. Pintu masuk ditutup pukul 9.30 malam.
Tel: 03-2030 5444
Cara ke sana: Naik KL Monorel ke Stesen Bukit Nanas dan ambil teksi ke menara. Perkhidmatan bas shuttle percuma dari pintu utama menara di Jalan Puncak juga boleh didapati dari 9.00 pagi hingga ke 9.30 malam, sekali setiap 15 minit. Perkhidmatan bas shuttle berjadual juga disediakan dari hotel-hotel utama ke Menara KL.
Aquaria KLCC
Aras Konkos, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Terokailah misteri di lautan tanpa meninggalkan kota. Peminat kehidupan akuatik akan teruja dengan lawatan ke akuarium besar ini yang terletak di aras bawah tanah bangunan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Akuarium terbesar di dunia ini meliputi kawasan lebih 460 meter persegi dan mempamerkan 150 spesis ikan dari seluruh dunia. Kecapilah pengalaman yang menarik menyaksikan jerung Sand Tiger, Arapaima Giga yang panjangnya melebihi 2 meter, ikan-ikan terumbu, kuda laut dan pelbagai kehidupan akuatik yang lain. Tarikan lain termasuk ular, cicak dan katak beracun. Tarikan utama di sini ialah terowong sepanjang 90 meter di mana pengunjung berpeluang untuk melihat sesi ikan diberi makan.
Masuk: RM 45 (Dewasa), RM 35 (Kanak-kanak berumur 3 – 12 tahun).
Kadar istimewa untuk pemegang kad MyKad/MyKid: RM 35 (Dewasa), RM 25 (Kanak-kanak).
Masa Operasi: 11.00 pagi – 8.00 malam. Pintu masuk ditutup pukul 7.00 malam.
Laman web: www.klaquaria.com
Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen KLCC. Aquaria bersambung dengan Suria KLCC melalui terowong bawah tanah.
Zoo Negara
Hulu Kelang
Terletak hanya 13km ke timur-laut KL , zoo ini menempatkan lebih 200 jenis binatang, termasuk burung dan reptilia. Luangkan masa sehari bersama singa, badak sumbu Sumatra dan lain-lain binatang liar atau saksikan persembahan orang utan, gajah dan singa laut pada masa yang dijadualkan. Pengunjung juga boleh menaiki kuda, unta dan gajah. Pengangkutan tren juga ada disediakan. Haiwan nokturnal seperti harimau, tenuk, landak dan badak Nile dapat dilihat pada waktu paling aktif mereka melalui program ‘Zoo by Night’ (Zoo pada Waktu Malam) pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.
Masuk: Warganegara Malaysia: RM20 (Dewasa), RM6 (Kanak-kanak 3 – 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas). Bukan warganegara Malaysia: RM30 (Dewasa) RM15 (Kanak-kanak 3 – 12 tahun).
Masa operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang setiap hari.
Tel: 03-4108 3422
Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen Taman Melati atau Stesen Wangsa Maju. Dari stesen-stesen ini, teksi adalah pengangkutan awam yang termudah untuk ke zoo ini.
Taman Tema Cosmo’s World
Tingkat 5, 7 & 8, Berjaya Times Square
Taman tema dalam bangunan yang terbesar di rantau ini mempunyai keluasan 380,000 kaki persegi. Pelbagai permainan yang terdapat di sini pasti menghiburkan pengunjung dari semua peringkat umur. Jangan lepaskan peluang menaiki Supersonic Odyssey sepanjang 800 meter yang juga merupakan roller coaster dalam bangunan yang terpanjang di dunia.
Masuk: RM32 (Dewasa), RM22 (Kanak-kanak bertinggian kurang dari 140cm). Bukan warganegara: RM38 (Dewasa), RM28 (Kanak-kanak).
Masa operasi: Isnin- Jumaat: 12 tengahari - 10.00 malam, Sabtu & Ahad: 11.00 pagi - 10.00 malam
Laman web: www.timessquarekl.com
Cara ke sana: Naik KL Monorel ke Stesen Imbi yang bersambung terus dengan Berjaya Times Square. Atau naik LRT RapidKL ke Stesen Hang Tuah. Berjaya Times Square terletak hanya 5 minit dengan berjalan kaki dari stesen ini (sila rujuk kepada Sensasi Membeli-Belah, muka surat 71).
Petrosains
Tingkat 4, Suria KLCC, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
Dapatkan pengetahuan tentang industri petroleum negara melalui pameran ini. Dengan ruang pameran seluas 7,000 meter persegi, pengunjung boleh menikmati pelbagai pameran interaktif, diorama dan aktiviti. Naiki kenderaan berbentuk titisan minyak, lawati pelantar minyak atau nikmati perjalanan menaiki simulator helikopter. Komputer tangan membantu pengunjung untuk berinteraksi dengan pameran.
Masuk: RM 12 (Dewasa), RM 4 (Kanak-kanak 5 - 12 tahun). Kadar istimewa untuk pelajar dengan kad pelajar, keluarga dan warga emas.
Masa Operasi: Hari Selasa hingga Jumaat: 9.30 pagi - 5.30 petang; Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am: 9.30 pagi – 6.30 petang. Tutup pada hari Isnin. Pintu masuk ditutup setengah jam sebelum waktu akhir operasi.
Laman web: www.petrosains.com.my
Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen KLCC.
Planetarium Negara
Jalan Perdana
Planetarium Negara terletak di atas sebuah bukit di pinggir Taman Tasik Perdana KL, berdekatan dengan Masjid Negara. Bangunan berkubah biru dengan rekabentuk futuristik ini adalah tempat untuk memperoleh pelbagai penemuan yang menarik dan menyeronokan. Saksikan dokumentari di panggung tayangan berskrin lebar, pameran astronomi yang penuh keajaiban atau alami pengalaman graviti sifar yang mengujakan. Jejambat pejalan kaki menghubungkan Planetarium Negara dengan Muzium Negara.
Masuk: RM1 (Percuma untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah). Tayangan filem dikenakan caj berasingan.
Masa Operasi: 9.30 pagi - 4.30 petang setiap hari.
Tel: 03-2273 5484
Laman web: www.angkasa.gov.my
Cara ke sana: Teksi merupakan pengangkutan awam yang termudah untuk ke sana.
Pusat Sains Negara
Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara
Bangunan yang terletak di pinggir bandaraya ini mempunyai rekabentuk futuristik seperti kon terpotong dan ditutup dengan kubah geodesik. Dibina pada tahun 1996 untuk mempromosi sains dan teknologi di negara ini, pusat ini memperagakan pelbagai tema seperti An Environmental Odyssey untuk alam sekitar, Pathways to Discovery (penemuan sains), Future World (dunia masa depan) dan Thinking Machines (alatan pintar).
Masuk: RM6 (Dewasa), RM3 (Kanak-kanak berumur 7 - 12 tahun). Percuma untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun.
Masa operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada hari Jumaat
Tel: 03-2092 1150
Laman web: www.psn.gov.my
Cara ke sana: Teksi merupakan pengangkutan awam yang termudah untuk ke sana
Muzium Negara
Jalan Damansara
Muzium terulung Malaysia yang terletak di pinggir Taman Tasik Perdana KL ini menjadi wadah utama bagi sejarah dan warisan Malaysia. Muzium yang dibina pada tahun 1963 ini mempunyai bumbung bercirikan rekabentuk Minangkabau dan memaparkan dua lukisan mural besar di bahagian hadapan bangunan. Jejaki sejarah Malaysia di empat galeri utama muzium ini: Kebudayaan, Wajah-Wajah Malaysia, Sejarah Semula Jadi dan Senjata, Peralatan Muzik Tradisional dan Seramik. Antara tarikan utama di sini ialah koleksi keris, seramik dari Dinasti Ming dan alat-alat muzik tradisi dari segenap pelusuk Asia. Juga terpamer di ruang luar bangunan adalah kereta klasik, keretapi wap dan sebuah replica Istana Melayu lama. Pameran bertema juga dianjurkan dari semasa ke semasa.
Masuk: RM2 (Dewasa), RM1 (Kanak-kanak), Percuma untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
Masa operasi: 9.00 pagi - 6.00 petang
Laman web: www.museum.gov.my
Tel: 03-2282 6255
Cara ke sana: Naik LRT RapidKL, KL Monorel atau KTM Komuter ke Stesen KL Sentral. Dari stesen ini, teksi adalah pengangkutan awam yang termudah untuk ke muzium ini.
Muzium Etnologi Dunia Melayu
Jalan Damansara
Muzium ini mempersembahkan koleksi terbaik dan paling luar biasa yang berkaitan dengan sejarah dan tamadun Melayu dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Negeri Thai, Filipina dan Kemboja. Di sini, pengunjung boleh melihat secara dekat warisan dan pusaka turun-temurun masyarakat Melayu. Muzium ini terletak di perkarangan Muzium Negara.
Masuk: Percuma.
Masa operasi: 9.00 pagi - 5.30 petang setiap hari. Muzium ditutup pada Hari Raya Aidilfitri and Aidiladha.
Tel: 03-2284 3157
Laman web: www.jmm.gov.my
Cara ke sana: (Sila rujuk cara ke Muzium Negara)
Muzium Seni Islam
Jalan Lembah Perdana
Muzium ini memaparkan keindahan seni Islamik dan keagungan tamadun Islam yang menjadi sumber inspirasi. Galeri-galeri bertema mempamerkan pelbagai barangan berharga seperti manuskrip Islam, barangan seramik dan kaca, barangan besi, senjata dan perisai, tekstil dan wang syiling. Tarikan utama termasuk Galeri Senibina Islam yang memaparkan replica bangunan-bangunan terkenal seperti Masjidil Haram di Mekah, Taj Mahal di India dan Makam Amir Timur di Uzbekistan.
Masuk: RM10 (Dewasa), RM5 (Kanak-kanak). Masuk percuma untuk pelajar dan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Bayaran tambahan mungkin dikenakan untuk sesetengah pameran.
Masa Operasi: 10.00 pagi - 6.00 petang setiap hari
Tel: 03-2274 2020
Laman web: www.iamm.org.my
Cara ke sana: Naik KTM Komuter ke Stesen Kuala Lumpur. Perjalan ke muzium mengambil masa 10 minit dengan berjalan kaki dari stesen ini dan menghadap Masjid Negara.
Muzium Kebudayaan Kraf
Jalan Conlay
Muzium yang terletak dalam Kompleks Kraf ini menawarkan imbasan sejarah dan pembangunan kraf Malaysia. Diorama bersaiz sebenar memaparkan penggiat seni yang sedang tekun bekerja, alat-alat yang digunakan mereka dan hasil kerja mereka.
Masuk: RM3 (Dewasa), RM1 (Kanak-kanak 7 - 12 tahun)
Masa operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang setiap hari
Tel: 03-2162 7533
Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen KLCC atau KL Monorel ke Stesen Raja Chulan. Dari stesen ini, teksi adalah pengangkutan awam yang termudah untuk ke muzium ini.
Muzium Kesenian Asia
Universiti Malaya
Muzium yang terletak dalam kampus Universiti Malaya ini mempamerkan rekaan artis-artis Asia. Pameran termasuk contoh-contoh kesenian tempatan dan serantau Asia seperti ukiran, sermaik dan tekstil. Pelajar dan pengkaji boleh mendapatkan filem, slaid dan gambar berkenaan hasil seni Asia di sini.
Masuk: Percuma Masa operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada hari Sabtu dan Ahad.
Tel: 03-7967 3805
Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen Universiti. Pengunjung kemudian boleh menaiki bas pengantara yang melalui kawasan kampus untuk ke muzium ini.
Galeri Muzium Pucuk Rebung
Tingkat 3, Suria KLCC (Ampang Mall Wing), Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
Galeri Muzium ini mengandungi koleksi artifak Melayu lama dari sejak kurun ke-12. Antara barang yang dipamerkan adalah kepingan -kepingan fabrik antik, hasil kerja logam, barang kemas, pasu dan tembikar, kesenian kristal dan hasil seni kontemporari. Untuk cenderahati yang unik, pengunjung boleh memilih dari koleksi hadiah dan barangan yang ada dijual.
Masuk: Percuma Masa Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam setiap hari
Tel: 03-2382 1109
Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen KLCC.
Muzium Jed
No. 26, Jalan Delima, Off Jalan Imbi
Lawatilah gedung khazanah barangan jed serta lain-lain bahan perhiasan di muzium ini. Jed dianggap seperti ‘batu syurga’ dalam sesetengah budaya dan dipercayai mempunyai kuasa mistik selain berupaya untuk menyembuhkan penyakit. Muzium Jed mempamerkan koleksi barangan antik dan aksesori cantik seperti loket, anting-anting, cincin, kalung leher dan bermacam-macam lagi. Para pelawat juga dapat menyaksikan kepingan jed asli yang telah diambil sebagai sampel daripada batu-batan jed yang besar. Cenderamata dan hadiah juga boleh dibeli di sini.
Masuk: Percuma Masa operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Tel: 03-2142 9648
Laman web: www.jademuseum.com
Cara ke sana: Muzium Jed terletak di kawasan Bukit Bintang. Perkhidmatan teksi adalah cara pengangkutan yang termudah untuk ke muzium ini.
Muzium Numismatik Maybank
Tingkat 1, Menara Maybank, Jalan Tun Razak
Muzium ini mempamerkan koleksi syiling dan wang kertas dari zaman kelahiran Malaya hingga ke hari ini. Ia juga dijadikan pusat penyelidikan sejarah numismatik Malaysia.
Masuk: Percuma
Masa operasi: 10.00 pagi - 4.30 petang (Isnin - Jumaat). Tutup pada hari minggu dan hari kelepasan am.
Tel: 03-2074 7418
Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen Plaza Rakyat. Muzium ini terletak hanya 5 minit dengan berjalan kaki dari stesen ini.
Muzium Telekom Nasional (Telekomuzium)
Simpang Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja
Muzium ini mempamerkan perkembangan telekomunikasi sepanjang 120 tahun, dari zaman awal telegraf Kod Morse hinggalah ke era jaringan digital hari ini.
Masuk: Percuma
Masa operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada hari cuti umum.
Tel: 03-2031 9966
Laman web: www.muziumtelekom.com.my
Cara ke sana: Naik LRT RapidKL ke Stesen Masjid Jamek dan jalan sepanjang Jalan Tun Perak menuju ke Menara Maybank. Masuk ke kiri ke dalam Jalan Raja Chulan. Muzium ini terletak hanya sepelaung dari stesen ini.
Muzium Angkatan Tentera
Jalan Padang Tembak
Masuk: Percuma
Masa Operasi: 9.00 pagi - 6.00 petang
Tel: 03-2071 2010
Cara ke sana: Teksi merupakan pangangkutan awam termudah untuk sampai ke muzium ini.
Muzium Tentera Udara DiRaja Malaysia
Markas Tentera Udara Diraja Malaysia, Jalan Lapangan Terbang Lama
Masuk: Percuma
Masa Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada hari Jumaat.
Tel: 03-2117 11133 / 1202
Cara ke sana: Teksi merupakan pangangkutan awam termudah untuk sampai ke muzium ini.
Muzium Polis DiRaja Malaysia
No. 5, Jalan Perdana
Masuk: Percuma
Masa Operasi: 10.00 pagi - 6.00 petang. Tutup pada hari Isnin.
Tel: 03-2272 5689
Cara ke sana: Teksi merupakan pangangkutan awam termudah untuk sampai ke muzium ini.
Wednesday, December 24, 2014
Tempat Menarik Dan Percutian Di Selangor dan Kuala Lumpur
Tempat Menarik Dan Percutian Di Selangor dan Kuala Lumpur | Selangor sememangnya antara syurga
perlancongan di Malaysia .
Berikutan cuti sekolah yang semakin hampir pada Jun ini, saya kongsikan
beberapa senarai tempat dan perlancongan menarik di Selangor.
1- KLIA
2- Pulau Ketam
Pulau ini merupakan kampung nelayan yang menarik pengunjung dengan
suasana desa yang unik. Anda boleh manaiki bot, menginap di homestay, memancing
dan melihat burung.
3- Sunway Lagoon
Water Park
4-
Terletak 15 km sebelah utara
5- Mines Wonderland
Sebuah taman yang menarik dengan tema Musical Fountain, Rumah Salju, trem, dan pelbagai jenis permainan . Pada malam hari gemerlapan anda boleh merasai susasa yang menakjubkan dengan persembahan multimedia dan cahaya laser.
6- Paya Indah Wetlands
Merupakan taman eko-pelancongan seluas sekitar 3.100 hektar yang terletak di Kuala Langat. Tempat ini menggabungkan teknologi pertanian moden bagi mencipta suatu ekosistem yang seimbang.
7- Zoo Negara
Merupakan zoo kebangsaan pertama di
8- Litar Antarabangsa Sepang
Litar Antarabangsa Sepang merupakan litar sukan motor
9- Wet World, Shah Alam
Terletak di Shah Alam. Wet World merupakan taman tema air yang sangat menyeronokkan. Ia juga terletak bersebelahan dengan Tasik Shah Alam dan akuaria, jadi keluarga boleh juga melawati kawasan tersebut. Pastinya, pengunjung akan merasa puas apabila memasuki ke kawasan Wet world ini.
10- Taman Botani Negara Shah Alam/
Terletak di Shah Alam. Sangat menarik dan strategik serta penuh kehijauan. Terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan disana. Berbasikal, flyfishing,camping dll.Selain itu rumah 4 musim dan taman rempah ratus juga menarik perhatian. Selain itu
Big thill
-Terdapat 23 cabaran yang perlu ditempuhi dalam masa 1 jam 30 minit – 2 jam.
-Bayaran untuk 12 tahun ke atas adalah RM45/pax dan 12 tahun ke bawah RM25/pax.
Little Adventure
-Terdapat 15 cabaran yang perlu ditempuhi dalam masa 30minit-1 jam
-Bayaran adalah RM35/pax bagi semua peringkat umur
Extreme Challenge
-Terdapat 21 cabaran yang perlu di tempuhi dalam masa 1 jam 30 minit – 2 jam.
- Bayaran adalah RM50/pax bagi semua peringkat umur
Jualan tiket dewasa (12 – 54 tahun)-RM 3.00
Jualan tiket kanak-kanak (6 – 11 tahun)-RM 1.00
Pelawat warga emas (55 tahun keatas)-RM 1.00
Pelawat berumur 6 tahun dan ke bawah, rumah anak yatim dan Orang Kurang Upaya-Masuk Percuma
KAUNTER RUMAH IKLIM EMPAT MUSIM
Jualan tiket dewasa (12tahun dan ke atas)- RM 3.00
Jualan tiket kanak-kanak (4-11 tahun)-RM 1.00
Pelawat berumur 4 tahun dan kebawah dan Orang Kurang Upaya- Masuk Percuma
BAYARAN TEMPAT LETAK KENDERAAN
Kereta-RM 3.00
Motorsikal-RM 1.00
website- http://www.tbnsa.gov.my/web/guest/home
11- Bukit Jugra
Terletak di Banting, Selangor. Merupakan tempat yang terkenal untuk sukan Paragliding tempat iaitu permainan luncur udara bagi Negeri Selangor. Rumah api pun ada di sini.
12- Pantai Morib, Banting Selangor
Pantai Morib menjadi tumpuan kerana anda berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam di sini. Sebab itulah Goldcoast Sepang dibangunkan di Sepang, semata-mata untuk menikmati keindahan dan suasana matahari terbenam! Sejak tahun 2010, Pantai Morib telah berubah menjadi lebih baik, dengan idea lanskap yang menarik untuk riadah sekeluarga. Datanglah ke Morib!
13- Sepang Gold Coast dan Pantai Bagan Lalang
Bagan Lalang is a beach destination near Sungai Pelek town in Sepang district, about 60km from
14- I City Shah Alam & I City Water World
The WaterWorld @ I-City theme park is located within the grounds of the technology based hub of I-City in Shah Alam Selangor.
WaterWorld @ I-City is the latest addition for the splash happy citizens of Selangor with its family orientated water park rides and facilities providing a fun filled environment for all the family. A great day out.
WaterWorld @ I-City, Jalan Multimedia 7/A, City Park, I-City 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
15- Bukit Melawati
Berbicara tentang Bukit Malawati pasti terbayangkan Rumah Api yang masih berdiri teguh di puncak Bukit Melawati. Selain Rumah Api yang dibina pada tahun 1907, pengunjung yang datang juga berpeluang untuk melihat kesan sejarah lain ini seperti Meriam purba, Batu Hampar, Perigi Beracun, dan Muzium Sejarah Kuala Selangor yang dulunya adalah kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor. Di puncak bukit ini juga terdapat Balai Cerap iaitu tempat melihatnya anak bulan bagi menentukan tarikh bermula Ramadhan dan Syawal.
16. Kelip-Kelip Kampung Kuantan
Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km dari
17. KidZania KL
KidZania KL merupakan satu tempat perlancongan baru di
Bayaran masuk
Ages: 0 – 1 Baby Free
Ages: 2 – 3 Toddler RM 35
Ages: 4 – 17 Kid (Malaysian) RM 60
Ages: 4 – 17 Kid (International) RM 75
Ages: 18 – 59 Adult (Malaysian) RM 35
Ages: 18 – 59 Adult (International) RM 50
Ages: 60+ Senior RM 30
Lokasi
Curve NX, No. 18, Jalan PJU7/5 Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
+60 1-300-88-5439
17. Sg. Chiling at Kuala Kubu Baru (Sungai Chiling Fish Sanctuary)
Terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan menghala ke Fraser Hill. Perjalanan dari bandar Kuala Kubu Bharu menghala ke Fraser Hill. Landmark yang penting anda perlu cari ialah Empangan Kuala Kubu. Sg Chiling terletak lebih kurang 10 KM dari empangan tersebut.
Apa yang menarik disini ialah anda akan menikmati kehijauan dan ketenangan, camping aktiviti dan bermandi manda di air terjun, bermain dengan ikan kelah serta berkhemah.
Selamat melancong...
Saturday, December 20, 2014
Pemandangan Yang Indah di Bukit Fraser
Bukit Fraser
Pekan kecil Bukit Fraser dikelilingi hutan hujan negeri Pahang. Pusat peranginan tanah tinggi ini yang terletak pada ketinggian 1,524 meter di atas paras laut merupakan tempat tumpuan para penggemar alam semulajadi kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan, burung dan spesis haiwan yang lain.
Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan yang melalui 'The Gap' yang terletak di kaki bukit. Sebaik sahaja anda melepasi 'The Gap', anda akan merasakan seolah-olah kembali ke zaman silam. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.
Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris.
Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser.
Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Anda boleh menikmati pelbagai jenis aktiviti ketika berada di Bukit Fraser. Antaranya, bermain golf di padang golf 9-lubang di Kelab Golf DiRaja Bukti Fraser atau padang golf 18-lubang di Fraser's Hill Golf & Country Club.
Selain itu, anda boleh pergi memancing dan bersampan di Allans' Water, bersiar-siar di taman-taman bunga dan taman rekreasi atau mandi di air terjun Jeriau yang sungguh sejuk dan nyaman.
Tips
Seboleh-bolehnya mulakan perjalanan anda menuju ke Bukit Fraser di siang hari supaya anda apat menikmati pemandangan indah sekitar hutan hujan yang segar di sepanjang perjalanan anda ke sana. Jika anda keluar dari Bukit Fraser di sebelah petang, janga lupa singgah di Empangan Kuala Selangor di mana anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam yang amat indah.
Pengangkutan
● Kereta
Dari Jalan Kuala Kubu Baru, anda boleh mengambil sebatang jalan sehala yang menuju ke Bukit Fraser. Jalan sepanjang 8 km ini berliku-liku tetapi pergerakan trafik di kawal mulai jam 6.30 pagi hingga 7 petang untuk keselamatan pelawat.
● Bas
Anda boleh menaiki bas di Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur untuk ke Kuala Kubu Bharu. Di Kuala Kubu Bharu, anda perlu menaiki sebuah lagi bas ke Bukit Fraser yang bertolak pada pukul 8.00 pagi dan 2.00 petang setiap hari. Perkhidmatan teksi juga boleh didapati dari Kuala Lumpur untuk membawa anda ke Bukit Fraser.
Thursday, December 18, 2014
TAMAN NEGARA MULU, SARAWAK
Taman Negara Gunung Mulu mempunyai rangkaian gua terpanjang di dunia. Di sini terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh memuatkan empat puluh buah kapal terbang Boeing 747.
Di Mulu, anda juga boleh melihat terowong gua terbesar di dunia, Gua Rusa, yang boleh memuatkan lima buah gereja besar bersaiz gereja Saint Paul di London. Satu lagi tarikan utama di sini adalah Gua Air Jernih, gua paling panjang di Asia Tenggara. Gua-gua besar ini menjadi tempat tinggal berjuta-juta kelawar dan burung layang-layang gua yang berterbangan keluar setiap petang pada waktu senja!
Pelawat yang suka sukakan alam semula jadi pasti merasa kagum melihat contoh luluhawa batu kapur tropika terbaik di dunia, termasuk rabung batu kapur yang besar, ngarai yang curam, yang dipanggil 'The Pinnacles'. Resort di sini menawarkan pelbagai pilihan pendakian sukar tetapi sangat memuaskan hati. Pelawat digalakkan supaya menggunakan khidmat pemandu arah dan pengangkut barang.
Panduan Perjalanan
Menaiki Bot
Anda juga boleh menaiki bot ekspres dari Kuala Baram (tiga jam) ke Marudi. Dari Marudi, anda perlu menaiki bot ekspres komersial ke Kuala Apoh atau Long Panai di atas Sungai Tutoh (satu cabangan Sungai Baram). Bot ekspres ini bertolak dari Marudi pada waktu tengahari setiap hari dan kembali semula ke Marudi pada waktu pagi keesokan harinya. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang tiga jam.
Laluan Udara
Malaysia Airlines (Maswings) menyediakan tiga penerbangan sehari dari Miri ke Mulu (30 minit penerbangan).
Wednesday, December 17, 2014
Tempat Menarik di Pulau Tioman
Kalau datang ke Pahang, destinasi pulau yang amat popular semestinya Pulau Tioman. Kami bercuti di sini 3 hari 2 malam. Tempat ni memang awesome !! Banyak aktiviti dan tempat yg menarik boleh buat dan lawat.
Kami sewa chalet kat Tekek, tempat dia memang cun lah, betul2 depan pantai di sini. Buka pintu je, boleh terjun terus masuk laut.
Kami sewa chalet kat Tekek, tempat dia memang menarik lah, betul-betul depan pantai di sini. Buka pintu je, boleh terjun terus masuk laut.
Hari pertama sampai sini, kami tak banyak buat aktiviti, cuma berjalan-jalan di sekeliling Tekek dan pantai. Maklum lah, penat berjalan dan naik feri laju tak habis lagi..kat sini memang banyak chalet2..kedai makan dan runcit pun banyak…
Keesokannya, kami ke Juara dengan menyewa kereta Kembara dengan driver. Maklumlah nak ke belah Juara ni, memerlukan sekurang-kurangnya 4wd..Naik bukit turun bukit..jalan dah macam masuk hutan negara dah…tengah-tengah jalan tu kami berhenti mandi kat air terjun kat sini..tak besar sgt tapi boleh lah sekadar melepas gian dan bersantai.
Keesokannya apa lagi, island hopping lah pulak…, datang sini kalau tak kena celup dengan ikan-ikan dalam air memang tak sah !! Kami sewa bot dan pergi tempat-tempat marine life untuk aktiviti snorkeling…Ikan kat sini memang friendly…tak takut orang..pantang kat jari ada roti..memang dia datang serbu…best !!! best !! best !!
Banyak juga tempat-tempat yg di bawa oleh driver bot kami untuk aktiviti snorkeling…lain port lain lah ikan dan batu karang dia.
Kalau datang ke Pahang, destinasi pulau yang amat popular semestinya Pulau Tioman. Kami bercuti di sini 3 hari 2 malam. Tempat ni memang awesome !! Banyak aktiviti dan tempat yg menarik boleh buat dan lawat.
Kami naik feri laju di Tg Gemuk dan dalam gambar tu adalah tempat-tempat menarik yang boleh korang pergi kat Pulau Tioman. Tiket pergi balik untuk sorang RM70. Tempat parking kereta pun memang sudah tersedia dekat jeti ni, penjaga pun ada, so tak perlu nak risau sangat.
Selain jeti kat Tg Gemok, boleh juga naik feri kat Mersing. Kalau korang dari utara, Tg Gemok lagi dekat.
Kami sewa chalet kat Tekek, tempat dia memang cun lah, betul2 depan pantai di sini. Buka pintu je, boleh terjun terus masuk laut.
Kami sewa chalet kat Tekek, tempat dia memang menarik lah, betul-betul depan pantai di sini. Buka pintu je, boleh terjun terus masuk laut.
Ni lah dia pemandangan dari chalet yang kami sewa tu. Pergh…memang biru air dia, jernih sungguh.
Hari pertama sampai sini, kami tak banyak buat aktiviti, cuma berjalan-jalan di sekeliling Tekek dan pantai. Maklum lah, penat berjalan dan naik feri laju tak habis lagi..kat sini memang banyak chalet2..kedai makan dan runcit pun banyak…
semasa mentari tenggelam di ufuk barat macam dalam gambar..perghhh cantiknya…terkesima dengan keindahan alam ciptaan Ilahi…Kalau korang kaki kamera DSLR, port Pulau Tioman ni memang cun !!
Keesokannya, kami ke Juara dengan menyewa kereta Kembara dengan driver. Maklumlah nak ke belah Juara ni, memerlukan sekurang-kurangnya 4wd..Naik bukit turun bukit..jalan dah macam masuk hutan negara dah…tengah-tengah jalan tu kami berhenti mandi kat air terjun kat sini..tak besar sgt tapi boleh lah sekadar melepas gian dan bersantai.
Ni lah dia pemandangan Juara. Pantai dia kalau ikut pengalaman kami, memang antara yang tercantik lah…pasir dia putih sangatt…dekat area sini memang banyak mat saleh..dah macam datang tempat negara orang pulak…
Kat sini kalau korang nak mandi laut memang best..sebab ombak boleh kata tak kuat..memang tenang macam air kat sungai…
Keesokannya apa lagi, island hopping lah pulak…, datang sini kalau tak kena celup dengan ikan-ikan dalam air memang tak sah !! Kami sewa bot dan pergi tempat-tempat marine life untuk aktiviti snorkeling…Ikan kat sini memang friendly…tak takut orang..pantang kat jari ada roti..memang dia datang serbu…best !!! best !! best !!
Make sure kalau nak jimat, korang bawak roti siap-siap dari chalet korang..kalau tak nanti kena beli kat sini, mahal !! Tapi sebab kita orang dah smpai..beli lah jugak kan sebab nak merasa pengalaman beri makan ikan..RM2 satu botol/plastik…
Banyak juga tempat-tempat yg di bawa oleh driver bot kami untuk aktiviti snorkeling…lain port lain lah ikan dan batu karang dia.
Kat sini merupakan salah satu port untuk snorkeling di mana memang banyak lah terumbu karang dan ikan-ikan kat sini…Kalau korang tak pandai berenang jangan risau lah…safety jacket memang sudah tersedia…kalau korang pandai berenang dan menyelam..boleh lah lepak bawah bot tu ..ada brani ke?
Dalam perjalanan dari satu destinasi ke destinasi snorkeling yang lain, korang boleh lah lihat-lihat sekeliling pemandangan yang cantik kat pulau ni…perkampungan orang asli pun ada tu..
Sudah penat bersnorkeling, korang boleh lah suruh driver bot korang pergi minum-minum dan lunch kat tempat yg terdekat..kami lepak kat Salang..Kat sini banyak gerai-gerai yang menjual cenderhati dan tempat makan. Kalau korang nak belajar scuba diving, boleh datang sini…ada satu tempat khas utk mereka yg nak belajar menyelam guna tong gas kat blakang tu..hehe
Percutian di Pulau Tioman memang terbaik. Banyak lagi korang boleh buat kat sini..
Percutian di Pulau Tioman memang terbaik. Banyak lagi korang boleh buat kat sini..
Subscribe to:
Posts (Atom)