Tuesday, January 13, 2015

Johor - Destinasi Percutian

JOM KE JOHOR PULA...

TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN
Mersing
Taman Negara Endau-Rompin meliputi kawasan seluas 92,000 hektar hutan simpan semula jadi yang dipenuhi pelbagai jenis flora dan fauna. Merentasi dua negeri iaitu Johor dan Pahang, taman negara semula jadi yang subur menghijau ini menjadi habitat pelbagai spesies hidupan liar, termasuk beberapa spesies yang terancam.

Enday-Rompin : Taman Negara - Johor


PULAU-PULAU DI MERSING
Johor mempunyai 72 pulau di perairan Mersing. 13 daripadanya telah diwartakan sebagai Taman Laut Negara. Enam pulau paling popular di Mersing - Rawa, Pemanggil, Sibu, Aur, Besar dan Tinggi - dikenali sebagai destinasi terbaik di negara ini untuk aktiviti menangkap ikan dan mengail.

Pulau di Johor

TAMAN NEGARA GUNUNG LEDANG
Ledang
Gunung Ledang yanng penuh dengan legenda – dikenali juga dengan nama Gunung Ophir – terkenal kerana keindahan semula jadinya serta dongeng yang berkaitan dengannya. Perjalanan mendaki gunung ini memberi pengalaman yang hebat dengan pemandangan air terjun yang melata, anak sungai yang mengalir deras dan pelbagai jenis flora dan fauna. Pada hari yang cerah, keindahan pemandangan Selat Melaka dan kawasan sekitarnya dapat dilihat dari puncak gunung ini.

Gunung Ledang - Johor

DUSUN BUAH-BUAHAN DESARU
Kota Tinggi
Dusun Buah-buahan Desaru mempunyai lebih daripada 100 jenis buah-buahan tropika bermusim dan tidak bermusim serta lebih daripada 10 spesies tumbuhan. Dusun yang berkeluasan 100 ekar ini membolehkan anda menikmati pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan dan manggis.

Dusun Buah-buahan : Desaru - Johor

NUSAJAYA
Johor Bahru
Nusajaya yang berkonsepkan ‘Dunia di dalam Satu Bandar’ adalah ibu kota pentadbiran negeri Johor yang baru. Dengan taman yang berlandskap persisiran yang indah, tempat percutian di bandar dan pelbagai pilihan untuk liburan termasuk taman tema tertutup. Nusajaya ialah destinasi baru yang kian digemari di negara ini.

Nusajaya : Johor Bahru - Johor


Tempat-tempat lain yang boleh di lawati:

Johor Bahru
• Muzium Diraja Abu Bakar • Hutan Bandar • Bangunan Sultan Ibrahim / Bukit Timbalan • Bazar JB • Teluk Danga • Inap Desa Kampung Sinaran Baru • Galleri MAWAR • Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA • MAsjid Sultan Abu Bakar • Stulang Laut • Pusat Pelawat Johor Bahru (Galeri MBJB) • Pusat Maklumat Iskandar Malaysia (IMIC) • Inap Desa Kampung Perigi Acheh

Kota Tinggi
• Kelip-kelip Sungai Johor dan Sungai Lebam • Desaru • Inap Desa Kampung Temenin Baru • Air Terjun Kota Tinggi • Sebana Golf and Marina Resort • Inap Desa Semenchu • Muzium Kota Tinggi • Inap Desa Kampung Felcra Sungai Ara • Inap Desa Kampung Lukut

Muar
• Nasuha Herbs and Spices Paradise • Inap Desa Kampung Parit Bugis • Muar River Cruise • Inap Desa Kampung Sarang Buaya • Inap Desa Kampung Batu 28 Lenga • Kolam Air Panas Grisek

Kluang
• Zenxin Organic Farm • Gunung Belumut • Gunung Lambak Eco-Resort • Kahang Organic Rice Eco Farm (KOREF)

Nusajaya
• Pelabuhan Puteri • Legoland Malaysia • The Ledang Urban Retreat

Batu Pahat
• Wet World Batu Pahat • Inap Desa Kampung Parit Tengah Mersing • Pulau-pulau di Mersing • Pantai Air Papan • Inap Desa Kampung Air Papan Pontian • Taman Negara Tanjung Piai • Inap Desa Tanjung Piai • Taman Negara Pulau Kukup • Muzium Nanas • Inap Desa Kampung Tanjung Piai • Inap Desa Kampung Puteri Menangis • Inap Desa Kampung Permatang Sepam

Segamat
• Taman Negara Selai Endau-Rompin • Kolam Air Panas Labis

Kulaijaya
• Johor Premium Outlets • Riders Lodge • Legend Golf and Country Resort • Inap Desa Kampung Sri Paya • Inap Desa Kampung Sri Gunung Pulai

Pulau
• Pulau Pemanggil • Pulau Aur • Pulau Rawa • Pulau Tinggi • Pulau Besar • Pulau Dayang • Pulau Sibu Tengah & Sibu Besar

Ledang
• Taman Negara Gunung Ledang • Tangkak (tekstil)


Tempat Membeli Belah tidak dilupai..
Johor merupakan salah sebuah tempat membelibelah yang terbaik di negara ini. Terdapat beraneka pilihan pusat membeli-belah, kedai bebas cukai, pusat kraftangan, pasar raya besar, bazar dan pasar terbuka yang menawarkan pelbagai jenis barangan. The ZON Johor Bahru adalah destinasi liburan setempat yang dilengkapi dengan kedai bebas cukai, gedung serba-serbi, hotel dan terminal feri, manakala Holiday Plaza mempunyai salah sebuah arked membeli-belah lain di negara ini termasuk Johor Premium Outlets, pusat membeli-belah setempat yang menawarkan pelbagai barangan berjenama pada harga diskaun, serta Plaza Kotaraya, Kompeks Lien Hoe, Pelangi Leisure Mall, AEON Tebrau City, AEON Bukit Indah, Plaza Angsana, Danga City Mall, Sutera Mall, Skudai Parade, Wetex Parade, Kluang Mall, Summit Parade, City Square dan Plaza Pelangi. Pusat kraftangan seperti MAWAR House, Kompleks Budaya & Kraf Johor dan Pusat Kraf SARASA menawarkan pelbagai cenderamata buatan tangan untuk dibawa pulang, manakala Pertubuhan Pemulihan Kawasan Negeri Johor (JARO) menjual Kraftangan yang dihasilkan oleh golongan kurang upaya.

The Zon : Johor Bahru - Johor


1 comment:

  1. MGM Grand Hotel and Casino, Las Vegas, NV - Mapyro
    MGM Grand Hotel 충청남도 출장마사지 and 익산 출장샵 Casino 군포 출장안마 is located 창원 출장마사지 in Las Vegas. 포항 출장마사지 View real-time reviews and discounted rates for AAA/AARP members, seniors, groups & military.

    ReplyDelete