Tuesday, January 6, 2015








Ingin  bercuti ke Bandung? Tapi tak tahu apa yang perlu dilakukan apabila sampai ke sana? Orait dalam artikel kali ini, akan dikongsikan beberapa tips yang berguna untuk mereka yang ingin bercuti ke Bandung.

Jika menaiki penerbangan dari mana-mana lapangan terbang, ianya cuma mengambil masa antara 1 jam setengah hingga 2 jam sahaja. Okay-okay tak nak cerita panjang untuk perjalanan ni, terus skip masuk kepada point pertama:

 

1) SUPIR/PEMANDU
Kalau di Malaysia ni kita akan panggil mereka sebagai pemandu, tetapi di Indonesia gelaran supir kita gunakan. Jadi apa gunanya supir ini? Bagi anda yang ingin pusing-pusing sekitar Bandung, supir ini sangat membantu anda untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang anda inginkan. Macam mana pula dengan bayaran? Okay untuk bayaran, boleh dikatakan berpatutan dengan harga lebih kurang RM100+ sehari. Lebih kurang macam di Malaysia juga. Anda boleh memilih empat jenis kenderaan yang disediakan seperti motor (dikenali sebagai ojek), kereta (mobil), van dan juga bas. Bergantung kepada berapa ramai yang bersama anda dalam percutian. Kalau setakat anda dan pasangan anda, boleh gunakan motor, baru romantik sikit. Kalau datang berkeluarga, boleh menggunakan mobil dan disini juga terdapat kereta Innova yang boleh memuatkan 7 orang. Jadi bila sudah berkenderaan sendiri lagi mudah untuk bergerak dan pergi shopping di sekitar bandung. Elakkan menaikkan teksi kerana bimbang akan tersekat dalam macet (jammed).

2) KAWASAN MENARIK
Jika di Bandung terdapat beberapa kawasan yang boleh kita lawati seperti di Tangkuban Perahu, Kawah Putih, Kaling Stroberi, Kampung Gajah dan Trans Studio. Setiap tempat mempunyai keunikan tersendiri dan lebih baik jangan lepaskan peluang untuk melawat. Kalau tak, rugi.
   Kalau yang minat shopping-shopping boleh pergi ke kawasan seperti Pasar Baru, disini anda boleh rambang mata. Kenapa? Sebabnya disini banyak Factory Outlet yang boleh anda temui dan sudah pastinya harganya akan lebih murah berbanding di mana-mana shopping complex. Kalau anda pandai menawar, jangan terkejut anda .boleh dapat kurangkan hingga beratus-ratus ribu rupiah nanti. Tapi berhati-hati juga, ada sesetengah peniaga cuba mengambil kesempatan apabila mereka mengetahui anda orang Malaysia, mereka akan kenakan harga yang tidak masuk akal.
Bandung -Factory Outlet Paradise
Tangkuban Perahu


3) TEKSI
   Okay kalau anda ke Bandung, dua cadangan syarikat teksi yang anda boleh gunakan perkhidmatan mereka, TaxiKu dan Bluebird. Kenapa saya sarankan mereka? Kerana perkhidmatan teksi yang ditawarkan mereka menggunakan teksi bermeter. Kalau di Bandung ada pemandu yang kata meter mereka rosak, terus tinggalkan, nanti kena bayar mahal. Satu lagi kelebihan yang ditawarkan oleh TaxiKu, jika ke airport anda tidak perlu bayar harga tol 7k Rupiah. Kan boleh berjimat tu.
Teksi Bluebird
Taxiku

4) ADAB
Ingat walau dimana anda berada, sila jaga adab anda. Lagi-lagi kita ke tempat orang kan mesti kena lebih beradabkan? Jadi kalau semasa membeli-belah tu, janganla sesuka hati kita menengking atau memarahi mana-mana peniaga. Mereka juga punyai perasaan. Kalau tak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan oleh mereka, tinggalkan mereka dengan cara yang terbaik dan jangan tengking mereka.


5) DUIT RUPIAH
Sebelum pergi ke sana, jangan lupa untuk tukar duit RM kita ke Rupiah ya. Sempatkan diri anda untuk tukarkan duit tersebut kerana kalau anda tukar duit di Indonesia, harganya lebih mahal dan kalau anda withdraw menggunakan MEPS, Rm12 akan dikenakan bagi setiap transaksi. Jadi sebelum pergi ke sana, aktifkan ATM PLUS anda. Bila sudah berada di Bandung mudah untuk anda withdraw duit dimana-mana ATM yang available seperti CIMB NIAGA (Indo).

Itu saja untuk perkongsian kali ini.

percutian ke bandung


No comments:

Post a Comment