Friday, January 16, 2015


Destinasi Pelancongan di Tawau

Taman Rekreasi Air Panas Tawau


Dahulunya Kolam Air Panas ini tidak dipelihara dan berada dalam keadaan yang tidak cantik. Namun begitu, ia telah dimajukan oleh sebuah syarikat swasta iaitu Rekobumi Sdn. Bhd. dan baru beroperasi Jun 2011 ini. Taman ini meliputi seluas 16.2 hektar dan terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Tawau.
Hasilnya adalah terdapat landskap bunga-bunga yang tersusun rapi dengan pohon renek sebaik sahaja memasuki pintu masuk taman. Pengunjung juga boleh menikmati kesegaran udara hutan kecil yang berhampiran yang diliputi dengan pokok-pokok kayu tropika.

Selain itu, terdapat juga petak-petak kolam air panas yang mempunyai kepanasan yang berbeza iaitu dari 30 darjah Celcius hingga 60 darjah Celcius yang sesuai semua peringkat umur berendam di dalamnya yang dipercayai baik untuk kesihatan termasuk kulit.
Trek berjoging juga disediakan dan kepada pengunjung yang ingin bersantai terdapat lebih 20 pondok rehat yang disediakan. Selain itu, tempat penginapan juga disediakan kepada pengunjung yang ingin bermalam di sini.




Sungai Balung Resort

Sungai Balung ini adalah salah satu kawasan yang menarik pehatian pengunjung untuk berkunjung dan meluangkan masa bersama keluarga. Ia terletak kira-kira 33 batu br bandar Tawau dan mengambil masa selama kira-kira 40 minit ataupun 30 minit dari Lapangan Terbang Tawau.

Kawasan sungainya amat cantik yang dikelilingi dengan suasana hutan yang segar. Terdapat juga banyak kemudahan disediakan termasuklah pondok-pondok yang berada di tepi sungai, restoran, dewan-dewan perbincangan, kolam renang serta tempat penginapan dan banyak lagi.

Terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat disekitarnya seperti koko, tumbuhan herba juga terdapat buah-buahan tropika.

antara kemudahan di dalam bilik resort.




Bongkah Berapi



Ratusan bongkah batu gunung berapi jenis 'basalt' yang tersusun ini dipercayai berusia 27,000 tahun boleh dijumpai di beberapa lokasi sepanjang Sungai Balung juga dikenali sebagai 'Batu Bersusun'.


Semua bongkah batu di sini berbentuk segi lima atau segi enam dan secara seragam dan mempunyai saiz yang hampir sama dianggarkan. Ia seolah-olah disusun oleh manuasia tetapi sebenarnya ia terbentuk secara semulajadi.


Dikatakan bahawa bongkah kayu berkenaan terhasil dari penyejukan magma selepas letupan gunung berapi meletus iaitu Gunung Maria yang mempunyai ketinggian 1,183 mater dari aras laut dan teletak kira-kira 24 kilometer di utara daerah ini.




Maliau Basin


Maliau Basin juga dikenali sebagai 'Sabah's Lost World'. Keluasannya dijangka melebihi keluasan Singapura yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sempadan utara Kalimantan dan perlu memandu kira-kira 4 hingga 5 jam dari bandar Tawau atau Keningau. Kereta yang bergear rendah sahaja yang digalakkan kerana perlu mengharungi jalan-jalan hutan.




Ini kerana is terletak di tengah-tengah hutan yang menyebabkan ramai orang tidak mengetahui kewujudannya. Ia merupakan salah satu kawasan yang amat cantik dengan keadaan sekelilingnya dan juga bentuk air terjunnya yang bertingkat-tingkat.



Terdapat juga penginapan yang disediakan oleh pihak Maliau Basin kepada pengunjung-pengunjung. Selain itu terdapat banyak aktiviti yang boleh diikuti oleh para pengunjung. Terdapat juga jambatan gantung serta tempat-tempat untuk berkelah.


pemandangan dari atas..




Bukit Gemok


Bukit Gemok merupakan salah satu Hutan Simpan yang boleh dikunjungi dan mempunyai keluasan seluas 445 hektar dan ketinggian 428 meter dari paras laut. Terletak kira-kira 20 minit jika memandu dari bandar Tawau di Jalan Merotai.



Terdapat juga Jalan di Kanopi iaitu Titian Silara sepanjang 231 meter panjang dan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak sejauh 1 kilometer. Permandangan seluruh bandar Tawau dapat dilihat dari atas puncak bukit. Ia merupakan permandangan yang amat cantik.




Jalan masuk ke Bukit Gemok dikelilingi dengan pokok kelapa sawit, pokok getah serta pokok koko. Ketika menaiki Titian Silara, ia dikelilingi dengan pokok-pokok tropika.


Muzium Koko Teck Guan




Teck Guan Group merupakan salah satu syarikat pengeluar Koko di Malaysia yang terbesar dan produk koko yang dihasilkan adalah yang bermutu tinggi. Muzium Koko Teck Guan terletak kira-kira 3 kilometer dari bandar Tawau menuju ke Tanjung Batu Laut mengambil masa kira-kira 10 minit yang berada di sebelah kanan Majulah Koko yang mula beroperasi sejak tahun 2002.


Tawau merupakan salah satu kawasan yang sesuai untuk penanaman koko. Aroma koko akan dapat dirasai ketika berada berdekatan dengan Museum Koko kerana ia bersebelahan dengan kilangnya. Koko merupakan bahan utama pembuatan coklat dan mentega koko yang digunakan oleh syarikat pembuat coklat sebenarnya berasal daripada Tawau.




Pihak muzium juga menerangkan cara-cara memproses koko hinggalah salah satu produk itu terhasil. Selain itu, cara-cara untuk menyediakan makanan ringan yang diperbuat daripada koko juga di ajar kepada pengunjung.


Informasi Tambahan :
Masa untuk dibuka ;


Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tutup : Ahad dan cuti umum






Taman Bukit Tawau

Taman Bukit Tawau merupakan kawasan semulajadi dan merupakan kawasan tadahan air. Ia terletak kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau. Ia meliputi seluas 27,972 hektar.


Selain itu, terdapat banyak rintis kembara dan ada yang membawa anda ke kawasan mata air panas dan air terjun dengan berjalan kaki.
Terdapat pelbagai spesies flora dan fauna terdapat di kawasan ini. Antara tumbuhan yang menarik ialah Orkid Telinga Gajah.


Sungainya yang bersih dan sangat sesuai untuk berenang. Terdapat juga pondok-pondok yang disediakan untuk menyenangkan para pengunjung bersantai. Ini merupakan tempat yang selalu dikunjungi oleh pengunjung di hujung minggu ataupun di musim cuti persekolahan.


No comments:

Post a Comment