Apa yang menarik di Krabi?
Mungkin anda boleh berjalan dengan rakan, dengan keluarga atau bawa Isteri makan angin. Amaran, jika anda didapati mengandung, sebaiknya tunggu bersalin baru datang krabi. Kenapa? Baca entri saya dulu.
Kadar tukaran mata wang baht
100 baht lebih kurang RM10 +-
Murah je.
Bila berjalan di Krabi bukan waktu peak season, tiada masalah sama ada nak book hotel melalui online ataupun walkin. Jika peak season, musim cuti sekolah ataupun hujung tahun, digalakkan book semua menerusi online.
Digalakkan pergi krabi pada hujung minggu kerana Jumaat, Sabtu dan Ahad malam sahaja ada night market di pekan krabi. Night market adalah tempat anda berbelanja sakan untuk membeli segala souvenir sebab kat sini murah. Memang ramai orang, termasuk la rakyat tempatan. Night market di pekan Krabi takda la besar mana, sama macam pasar malam kat Malaysia je.
Kalau sampai hari Jumaat tu, dinasihatkan booking la pakej ke pulau-pulau yang cantik. Macam saya ambil barracudas tour. Sebab pakej ni kena booking sehari sebelum. Masa saya, saya tanya pada pihak hotel di mana pejabat barracudas tour ni, mereka akan tunjuk jalan siap lukiskan peta. Tak jauh dari tempat saya menginap di Ao Nang Silver Orchid Resort ni.
Ao Nang Silver Orchid Resord
Seawal jam 9.50 pagi mereka dah datang depan hotel untuk ambil kita dengan truck comel. Ramai juga memang penuh. Mat saleh paling ramai. Mereka akan drop kita kat depan pantai Ao Nang dan tunggu la bot laju datang.
Pantai Ao Nang Krabi
Banyak lagi gambar menarik kat Krabi ni. Laut memang cantik. Kalau larat kena pergi semua pulau yang pakej sediakan, sehari dalam 4 pulau. Rasanya ada 4-5pakej untuk ke pulau sahaja. Seorang dalam 1200 baht. ( Anggaran Rm120. ). Minum, makan buah dalam bot, dan lunch tengahari Halal disediakan.